Posted: 01 October 2005 at 6:00pm | IP Logged
|
|
|
komponen utama kaca ialah pasir atau silikon dioksida(silika)
Kaca silika terlakur susah diubah bentuk kerana mempunyai takat suhu lebur yang tinggi. biasanya digunakan untuk membuat kanta,prisma dan tingkap.
Kaca soda kapur kandungan ialah silika, kalsium oksida, aluminium oksida dan natrium oksida. penambahan Na2SiO3 akan merendahkan takat suhu lebur kaca ini. penambahan K2SiO3 akan meninggikan takat suhu lebur kaca. fungsi Al2O3 adalah untuk menjadikan kaca itu lengai daripada bahan kimia. biasanya digunakan untuk membuat botol, kaca kepingan dan kaca tingkap.
Kaca borosilikat kandungan ialah silika, boron oksida [B2O3], natium oksida dan alumina [Al2O3]. kuat dan tahan haba berbanding dengan kaca lain. kehadiran B2O3 membolehkan kaca ini mengembang dan menguncup sedikit sahaja di bawah perubahan suhu yang besar. sesuai membuat radas-radas makmal dan alat memasak.
Kaca plumbum kandungan ialah silika, PbO dan K2O. berwarna dan berkilau. biasanya ukiran-ukiran dibuat pada permukaannya. biasanya digunakan untuk membuat prisma, kanta, pinggan mangkuk dan barang kaca hiasan.
sumber bahan mentah seramik ialah tanah liat. unsur utama dalam seramik ialah silikon, aluminium dan oksigen. mempunyai sifat:
- keras
- rapuh
- tahan mampatan
- tahan kakisan
- lengai kepada bahan-bahan kimia
- mempunyai rintagan haba yang tinggi
- tidak mudah diregang
- mudah retak apabila mengalami perubahan suhu yang secara mendadak
penggunaan: bahan binaan, barangan hiasan, tangan/kaki/gigi palsu, palam pencucuh, melapik relau bagas/bahagian luar kapal angkasa, perovskite digunakan untuk membuat superkonduktor.
bahan komposit ialah bahan yang terbentuk apabila satu bahan dicampur dengan satu bahan yang lain untuk menghasilkan satu bahan baru yang mempunyai sifat-sifat yang lebih baik daripada bahan asalnya.
konkrit yang diperkukuh terdiri simen, pasir, batu-batan serta logam.
superkonduktor contoh: perovskite. & nbsp; & nbsp; & nbsp; banyak digunakan dlm bidang teknologi tinggi seperti pengangkutan kereta api peluru, imej resonans bermagnet dlm teknologi biomagnetik serta jana kuasa elektrik. &nb sp; &nb sp; &nb sp; &nb sp; &nb sp; dlm biomagnetik, padang magnetik yg terjana drpd superkonduktor disebar pd badan haiwan atau manusia utk mendapat imej resonans yg terbentuk drpd atom-atom H2 yang bergetar dlm air badan spy dapat dikesan dan dipamerkan dlm komputer. &nb sp; &nb sp; janakuasa elektrik yg diperbuat drpd wayar superkonduktor adalah lebih cekap drpd dawai yg dibuat drpd Cu.
plastik yg diperkukuhkan dgn gentian kaca (plastik komposit) digunakan utk membuat topi keledar, badan bot, baju hujan dan membaiki jambatan yg dibuat drpd konkrit dan keluli yg mudah kakis. kini, digunakan utk membina kereta kebal kerana kekuatannya.
kaca fotokromik kegelapan kaca berubah kpd intensiti cahaya matahari. dihasilkan dgn mencampurkan bhn fotokromik kpd kaca atau plastik lutsinar. banyak digunakan utk membuat kanta kaca cermin mata, kanta kamera, tingkap kereta dan bangunan, panel LCD dan pengesan optik.
|