Tuition Plaza: ONLINE TUTORING
Online Tutoring HomepageHomepage  Quiz QuestionsQuiz  Homework HelpHomework  ForumForum  Active TopicsActive  SearchSearch  HelpHelp
Malaysian EditionMalaysia  ScoreScore  Create QuizCreate  Invite FriendsInvite  Display List of MembersMembers  About UsAbout
  RegisterRegister  LoginLogin
Matematik - Tingkatan 5 - Bantuan Kerjarumah
 Online Tutoring : Forum : Bantuan Kerjarumah (Tingkatan 5) : Matematik - Tingkatan 5 - Bantuan Kerjarumah
Topic Topic: My form 5 add maths answer Post ReplyNew Question
Author
Message << Prev Topic | Next Topic >>
Legendramon
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 10 September 2005
Location: Malaysia
Posts: 871
Posted: 23 September 2005 at 11:21pm | IP Logged Quote Legendramon

I feel like posting my answers. well most of them...

Pengenalan

             Tangki air jitu dipersepsikan sebagai sesuatu bangunan ataupun alat untuk menyimpan air bagi maslahat penduduk yang tinggal di sekitarnya dengan memastikan air bekalannya sentiasa  mencukupi. Sejak tamadun-tamadun awal lagi, tangki air wujud samada untuk mengairi kawasan tanaman mahupun untuk menyimpan air. Kini, tangki air boleh dijumpai di serata dunia walaupun diperbuat dari bahan yang berbeza dan berbentuk berbeza-beza .tangki air bukanlah sebuah empangan dan hanya mengumpulkan air yang datang dari sumber-sumber air untuk sementara waktu dan kemudian menyalurkan kepada kawasan perumahan , perindustrian ataupun pertanian.

          Bukti bahawa tangki air telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu ialah kewujudan baray di tamadun Angkor. Baray merupakan tempat takungan air buatan manusia yang meyerupai tasik yang luas. Pada musim hujan, air ditakungkan supaya dapat disalirkan pada musim kemarau untuk mengairi sawah padi selain dijadikan air minuman.

           Antara faktor-faktor  yang menyumbang kepada pembinaan tangki air merupakan cuaca harian dan taburan hujan yang tidak sekata. Sumber air seperti sungai akan mengering semasa kemarau berlaku, maka tempat simpanan air diperlukan dan tangki air dibina. Di sebuah kawasan pertanian di negara-negara yang agak kering, sumber air tidak dapat diperolehi dengan mudah. Oleh itu, tangki air amat diperlukan untuk menyimpan air di tempat berkenaan. Selain itu, kawasan perindustrian berat memerlukan air yang banyak dan berterusan. Jika terus bergantung kepada air yang disalurkan terus daripada empangan yang beratus kilometer jauh daripadanya, semestinya bekalan air tidak konsisten. Oleh yang demikian, tangki air diperlukan untuk menjamin air dapat dibekalkan dengan terus walaupun pada musim kemarau. Di kawasan peumahan yang berada jauh daripada empangan air, air menghadapi kesukaran untuk sampai ke paip-paip di rumah tersebut kerana tekanan. Masalah ini boleh diatasi dengan tangki air kerana air dari empangan di pam ke tangki air yang lebih tinggi daripada rumah-rumah. Oleh itu, air akan disalurkan dengan tekanan yang tidak begitu rendah kepada penduduk.

          Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membina tangki-tangki air yang baru di negara kita. Antaranya meningkatkan kualiti bahan yang digunakan supaya tangki dapat menahan tekanan air yang tinggi dan tidak mudah bocor. Kerajaan juga telah mengupah jurutera pakar dari  negara lain untuk mengkaji kelemahan struktur tangki air dan memperbaikinya.  Kerajaan juga telah memastikan air di dalam tangki air tidak tercemar dengan menutup tangki air tersebut dengan baik. Disamping itu, kerajaan juga telah memastikan kestabilan dan kekukuhan tangki air supaya tangki tersebut tidak roboh dan memperbahayakan nyawa penduduk.

          Tangki air telah memainkan satu peranan yang besar kepada kehidupan seharian kita. Tanpa tangki air, ekonomi negara pasti terjejas kerana sektor perindustrian berat dan pertanian tersekat. Tangki air juga telah menyingkiran keperluan kami untuk menggorek perigi mahupun mengumpul air. Konklusinya, tangki air amat penting kepada kita dan negara.

Pada pendapat saya, projek metematik tambahan ini bukan sahaja telah mematangkan fikiran saya dalam membuat sesuatu keputusan malah ia telah mengajar saya untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu kemelut. Soalan-soalan yang berputar belit dan kompleks telah memanfaatkan saya dan semua calon matematik tambahan spm yang membuat projek ini kerana ia membantu mereka menonjolkan daya pemikiran mereka dan melatih mereka untuk menjawab soalan yang sukar semasa peperiksaan SPM pada bulan November kelak.

          Projek ini mencanaikan obligasi baru yang positif semasa menyelesaikan masalah yang serius. Semangat ini amat penting dalam kehidupan dan mengajar saya untuk tidak berputus asa dan bergantung kepada diri sendiri. Kerja khusus matematik tambahan ini juga mengajar saya untuk fikir secara tenang dan mendalami akar umbi masalah dan bukannya berasa gelisah.

          Tidak dapat dinafikan bahawa projek ini telah memberi peluang kepada saya untuk mengaplikasikan formula-formula yang saya belajar di dalam kelas dan buku ke atas kejadian dalam kehidupan seharian. Saya dan pelajar-pelajar lain juga telah menimba sedikit ilmu tentang pembinaan bangunan seperti tangki air yang merupakan asas kepada kejuruteraan. Ini sudah pasti membantu saya mahupun pelajar lain yang berpotensi menjadi jurutera untuk mendedahkan diri kepada kejuruteraan asas. Formula-formula kalkulus asas yang digunakan pasti akan membantu pelajar yang mungkin mengambil khusus kalkulus dalam universiti atau tingkatan 6.

          Di samping itu, daya fikiran saya juga diuji dalam kerja khusus ini apabila menjawab soalan dengan menggunakan beberapa kaedah dan soalan KBKK seperti memberi cadangan untuk mangatasi masalah kekurangan air dan aspek aspek pembinaan tangki air. Fikiran yang logik amat diperlukan dalam penyelesaian masalah seperti berikut bedasarkan alasan-alasan yang kukuh.

                    Projek matematik tambahan telah memantapkan sifat bertanggungjawab saya. Saya faham bahawa untuk melaksanakan dan menghabiskan tugasan yang diberi dengan sempurna. Di samping itu, secara tidak lansung projek ini mengajar saya untuk menepati masa. Oleh disebabkan projek ini perlu dihabiskan dalam masa 3 minggu , maka saya tidak boleh menanguhkan kerja ini. Selain itu, projek ini telah menanam sifat kerajinan. Usaha yang dilakukan untuk menghabiskan projek ini perlulah tekun, cekal , gigih dan dedikasi.

          Projek ini juga telah melatih saya untuk mencari maklumat-maklumat daripada pelbagai media-media seperti internet dan buku rujukan. Selain itu, saya juga akan bersikap lebih berjimat cermat dalam penggunaan air dimana projek ini mangajar saya untuk meminimumkan kadar penggunaan air untuk mengelakkan pembaziran dan kekurangan air.

Akhir sekali, sikap bekerjasama dapat dipupuk melalui projek ini semasa ahli-ahli kumpulan bersama-sama berbincang tentang kaedah yang hendak digunakan , dapatan dan langkah-langkah afdal untuk penyelesaian masalah secara KBKK. Kami juga berpeluang berbincang soalan dengan menggunakan teknologi internet terkini seperti “video conferencing” dan perkongsian data-data.

          Inferensnya, projek ini telah memanfaatkan kami sebagai pelajar dalam memupuk kemahiran-kemahiran berfikir, berkerjasama, mencari maklumat dan menyelesaikan masalah.  Dengan itu, saya memperturunkan heuristiknya semua soalan dalam Tugasan Kerja Projek Matematik Tambahan tingkatan 5.

Memahami Masalah

Diberi sebuah tangki air berbentuk silinder yang jejarinya 5meter dan tingginya 3meter. Saya dihendaki mencari isipadu air yang keluar daripada tangki dalam masa sejam apabila aras air menurun sebanyak 0.1cm setiap minit. Selain itu, saya juga perlu menentukan masa yang diambil untuk kesemua air didalam tangki tersebut jika paras air menurun dengan kadar 0.1cm per minit. Di samping itu, saya juga dihendaki mencari had penggunaan purata air penduduk supaya tangki air tidak kering selama tiga hari. Saya juga perlu mencari kadar penurunan aras air  apabila tangki tersebut bocor.  Tidak kurang daripada itu, saya juga dihendaki mencari langkah-langkah untuk mengelakan masalah kekurangan air.   Saya juga dihendaki mencari bentuk dan ukuran tangki air yang paling sesuai.

Merancang Strategi Penyelesaian

Kaedah pembezaan untuk mengira isipadu air yang keluar dalam masa satu jam ;-

 Untuk mengira isipadu air yang keluar dalam masa satu jam saya menggunakan formula

    

dimana  ialah kadar perubahan isipadu air dalam tangki air ,

ialah kadar isipadu air kepada aras air dalam tangki., dan

 ialah kadar aras air berubah , yang telah diberi iaitu -0.1 cm min-1.

Maka  X 1jam adalah isipadu air yang keluar dalam masa satu jam

Kaedah  cuba-cuba untuk mengira isipadu air yang keluar dalam masa satu jam ;-

Dengan menukar unit aras air  kepada m jam-1 dan mendarabkan dengan luas kawasan permukaan tangki air, kita dapat mencari isipadu air yang keluar dalam masa  sejam.

Formula,

Pengurangan aras air sejam X Luas permukaan air dalam tangki

= Isipadu air yang keluar dalam masa sejam.

Kaedah Kalkulator untuk menentukan masa untuk tangki kering;

Dengan menggunakan formula ;

 Isipadu air yang akan keluar dari tangki atau dalam senario ini, kesemua air di dalam tangki = kadar isipadu air yang keluar dalam masa 1 jam X masa dalam unit jam.

Oleh itu , saya boleh mengira masa untuk tangki kering dengan isipadu dengan membahagikan jumlah isipadu air maksimum dalam tangki air dengan kadar isipadu air  yang keluar per jam.

Kaedah Cuba-Cuba untuk menentukan masa untuk tangki kering;

Dengan menggunakan formula ;

Perubahan aras air dalam tangki tersebut dalam satu tempoh masa yang tertentu atau dalam senario ini, tinggi aras air maksimum dalam tangki air  tersebut

= Kadar penurunan aras air dalam per minit X masa dalam unit minit.

Oleh itu saya boleh mengira masa dalam unit minit untuk air dalam tangki air kering dengan membahagikan tinggi aras air maksimum dengan kadar penurunan air per minit.

Kaedah Kalkulator untuk menentukan had penggunaan air purata seorang penduduk;

Dengan membahagikan isipadu air dalam tangki dengan bilangan penduduk dan masa , saya dapat mencari isipadu maksimum yang patut digunakan  oleh penduduk di sebuah rumah.  Untuk mencari had penggunaan air purata sehari , isipadu air dalam tangki/200 rumah dibahagikan  dengan 3hari. Untuk mencari had penggunaan air purata sejam, isipadu air dalam tangki/200rumah dibahagikan dengan 72jam.

Kaedah graf untuk menentukan had penggunaan air purata seorang penduduk;

Saya boleh mencari had penggunaan air seorang penduduk dengan memplotlan graf isipadu air dalam tangki/200 rumah iaitu isipadu air yang disyorkan untuk setiap rumah lawan masa. Untuk mencari had penggunaan air purata sehari , masa adalah dalam unit hari manakala Untuk mencari had penggunaan air purata sejam , masa adalah dalam unit jam.

Namum begitu, jawapan tidak begitu tepat.

Kaedah pembezaan untuk perubahan kadar aras air yang menurun:

Dengan menggunakan formula

     , kita dapat mencari jawapan.

dimana  ialah kadar perubahan isipadu air dalam tangki air iaitu isipadu air yang keluar dari tangki dalam sesaat

ialah kadar isipadu air kepada aras air dalam tangki., dan

 ialah kadar aras air berubah yang perlu dikira

Kaedah Cuba-Cuba untuk perubahan kadar aras air yang menurun:

Dengan mengira kadar isipadu yang keluar dari tangki dalam masa satu saat. Kita boleh mengenal pasti kadar penurunan aras air dalam tangki dengan menggunakan formula ;

Kadar isipadu air yang keluar  = Luas keratan rentas tangki air x kadar penurunan  aras air dalam tangki.

Kadar penurunan aras air = Kadar isipadu air keluar  luas kerantan rentas tangki air

Kaedah yang digunakan untuk mencati kos bahan

Langkah pertama ialah untuk mencari nisbah ukurannya. Bagi silinder, kaedah pembezaan digunakan untuk mencari nisbah jejari kepada tinggi. Iaitu, membezakan luas permukaannya kepada isipadu supaya jumlah luas permukaan adalah minimum tetapi isipadunya maksimum. Selepas itu,  keseluruhan isipadu tangki air dikira termasuklah isipadu bahan-bahan.  Seterusnya, isipadu bahan dikira dengan menolak isipadu keseluruhan dengan isipadu air iaitu 1000m. Selanjutnya, Kos bahan danm kos penutup dihitung.

Konjektur

Disebabkan oleh populasi penduduk di Malaysia yang semakin meningkat, kadar penggunaan air juga telah meningkat di kawasan-kawasan perumahan. Oleh sebab itu, tangki air seperti tangki air silinder berukuran tapak jejari 5m dan tinggi 3m kerap dibina di kawasan perumahan.

                 Kemelut yang paling serius yang dihadapi oleh tangki-tangki air merupakan kadar penggunaan air yang terlalu banyak bebanding dengan kadar sumber air membekalkan air kepdanya sehingga mungkin mengosongkan tangki tersebut. Jika senario di atas berlaku, penduduk mungkin menghadapi kekurangan air dan ini akan menyebabkan kerugian kepada sektor perindustrian Malaysia. Walaubagaimanapun, kejadian ini boleh dielakan dengan mengira kadar penggunaan air dan seterusnya menambahkan saiz tangki dan kadar bekalan air. Pengiraan ini boleh dilakukan dengan  kaedah perbezaan dan kaedah cuba-cuba. Kaedah perbezaan boleh digunakan untuk mengira kadar isipadu air yang keluar dari tangki dan kemudiannya digunakan untuk menentukan jumlah isipadu yang keluar selepas satu tempoh masa dengan mendarabkan dengan tempoh masa. Kadar isipadu air yang keluar merupakan hasil darab antara pembezaan isipadu tangki air terhadap tinggi dengan  kadar aras air menurun iaitu  dI/dh=dI/dh  x dh/dt. Jika menggunakan kaedah cuba-cuba, kadar isipadu yang keluar dapat dikira dengan mendarab kadar aras air yang turun dengan luas air dalam tangki tersebut.

                 Selain itu, kebanyakan tangki air juga berhadapan dengan masalah apabila bekalan air putus dimana air yang berada didalam tangki akan habis selepas seketika masa. Walaubagaimanapun, kita boleh menganggar tempoh bekalan tersebut akan habis dengan menghubungkaitkan paras air tangki tersebut sebelum bekalan air teputus dengan kadar penggunaan air. Di samping itu, dengan mengira jumlah isipadu air tangki sebelum bekalan air terputus dan kadar isipadu air digunakan, kita boleh mengira masa yang diperlukan untuk tangki tersebut kering.

                 Untuk memaksimumkan tempoh untuk tangki air tersebut kering, penduduk-penduduk perlu meminimumkan kadar penggunaan air mereka. Dalam kawasan perumahan yang mempunyai 200 buah rumah, kadar penggunaan air maksimum mereka supaya tangki tidak kering selama 3 hari boleh dikira dengan membahagikan Jumlah isipadu air didalam tangki kepada 200buah rumah dan 3 hari bagi mengira had penggunaan air sehari dan 72 jam bagi mengira had penggunaan air sejam. Kaedah graf juga boleh digunakan dengan graf Isipadu air bagi setiap rumah(iaitu isipadu maksimum tangki air bahagi 200rumah)/m3 lawan masa/hari.

Namun begitu, kaedah graf kurang jitu dan tepat berbanding dengan cara pertama. Dengan mengggunakan kedua-dua cara ini, kita boleh mencari purata isipadu maksimum yang boleh diggunakan oleh seorang penduduk supaya air dalam tangki air tidak habis

Tangki air akan menjadi kering lebih cepat apabila berlakunya kebocoran. Impak  daripada kehilangan air yang banyak  adalah kerugian duit dan kekurangan air oleh sebab air akan kehabisan dengan lebih cepat. Kadar penurunan paras air akan meningkat rentetan daripada kadar kehilangan isipadu air + kadar penggunaan isipadu air. Kadar penurunan paras air dapat dianggar dengan menggunakan kaedah pembezaan dan kaedah cuba-cuba yang telah dinyatakan di atas . Kita boleh mencari hubungan kadar isipadu air yang keluar dengan kadar aras air dalam tangki menurun dengan menggunakan formula kadar isipadu air yang keluar adalah hasil darab luas keratan rentas tangki air dan kadar penurunan aras. Maka kadar aras air yang turun adalah hasil darab antara kadar isipadu air yang keluar dengan luas keratan rentas  tangki tersebut. Selain itu, Kita juga boleh mendapat kadar aras air yang keluar dengan menggunakan kaedah pembezaan  iaitu , dI/dt = dI/dh x dh/dt .Maka Kadar aras air  berubah ialah dh/dt= dI/dt dI/dh .

 Kadar penggunaan air yang banyak, kebocoran tangki air dan masalah bekalan air boleh membawa kepada masalah kekurangan air. Demi membendung masalah kekurangan air , terutamanya semasa kemarau dan bekalan air tidak dapat dibekalkan dengan kerap, penduduk-penduduk perlu melakukan pelbagai perkara seperti menjimat air.  Bukan sahaka penduduk tetapi kerajaan juga haras mengambil beberapa langkah yang molek untuk menangani masalah ini.

                 Dalam pembinaan sebuah tangki air yang baru, beberapa perkara harus dikaji dahulu. Terutamanya saiz , ukuran dan bentuk tangki yang paling optimum dan ideal.  Kos bahan tangki tersebut haruslah lebih murah tetapi isipadu air yang ditampungnya tidak berkurang.

Dari segi kestabilan pula, tangki tersebut harus mempunyai pusat graviti yang rendah supaya tidak mudah jatuh apabila berlaku gempa bumi. Selain itu, tangki tersebut juga mestilah bersifat aerodinamik supaya tidak jatuh apabila angin taufan atau angin yang kencang ada.

Kos pembinaan tangki tersebut juga harus dipertimbangkan.

                 Dengan keseluruhannya, saya perlu mencari hubungan kadar aras air berubah dengan  kadar isipadu air yang keluar. Masa yang diambil untuk tangki kering dan penggunaan air yang maksimum supaya tangki air tidak cepat kering. Saya juga memberi cadangan untuk mengatasi masalah kekurangan air dan mencari bentuk tangki air yang paling ideal.

BTW, leechers beware!!! If you plan to steal my work , at least ask for my permission first. But I guess if you want to be a lame jerk loser , you can go ahead.

I'm doing this becauseI realise I did this project for NOTHING...

It has no marks for my trials and I've already scored 20/20 for last years project....



Edited by Legendramon on 23 September 2005 at 11:30pm


__________________
Mangekyou Sharingan
Back to Top View Legendramon's Profile Search for other posts by Legendramon Visit Legendramon's Homepage
 
 
 
Legendramon
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 10 September 2005
Location: Malaysia
Posts: 871
Posted: 27 September 2005 at 5:20pm | IP Logged Quote Legendramon

Full answer here

:

http://s33.yousendit.com/d.aspx?id=0VH5RM6BHJNC915VICD1VV2W9 O



__________________
Mangekyou Sharingan
Back to Top View Legendramon's Profile Search for other posts by Legendramon Visit Legendramon's Homepage
 
Legendramon
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 10 September 2005
Location: Malaysia
Posts: 871
Posted: 29 September 2005 at 10:51pm | IP Logged Quote Legendramon

Just in case the link above is closed ,

Download URL

Project only : http://s26.yousendit.com/d.aspx?id=0EN54RU98HUBH2FINYMABPF4L K

Graph 1 : http://s26.yousendit.com/d.aspx?id=31YEX3IS85G2D3FVHOJKS46NC Y

Graph 2 : TBA



__________________
Mangekyou Sharingan
Back to Top View Legendramon's Profile Search for other posts by Legendramon Visit Legendramon's Homepage
 
Farah89
Newbie
Newbie
Avatar

Joined: 05 June 2006
Location: Malaysia
Posts: 1
Posted: 05 June 2006 at 6:29pm | IP Logged Quote Farah89

farah nak copy bleh x?

__________________
-farah-
Back to Top View Farah89's Profile Search for other posts by Farah89 Visit Farah89's Homepage
 
Amd_aft
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 21 November 2005
Location: Malaysia
Posts: 306
Posted: 05 June 2006 at 7:10pm | IP Logged Quote Amd_aft

Posted: 28 September 2005

legendramon jarang masuk sini kot..


__________________
http://arafatweb.googlepages.com
http://www.friendster.com/arafatagent47
Back to Top View Amd_aft's Profile Search for other posts by Amd_aft Visit Amd_aft's Homepage
 
Nikconsult
Senior Member
Senior Member


Joined: 10 April 2006
Posts: 454
Posted: 06 June 2006 at 1:27am | IP Logged Quote Nikconsult

x dapat pun..cam ner nie....mmgkena register dulu ke
Back to Top View Nikconsult's Profile Search for other posts by Nikconsult
 
Meditz
Newbie
Newbie
Avatar

Joined: 09 October 2005
Location: Malaysia
Posts: 1
Posted: 30 July 2006 at 8:38pm | IP Logged Quote Meditz

Sepa bleh bagi cara penyelesaian kerja kursus Maths Tambahan 2006?? ttg saluran hujan..



__________________
meditz
Back to Top View Meditz's Profile Search for other posts by Meditz
 
Nikconsult
Senior Member
Senior Member


Joined: 10 April 2006
Posts: 454
Posted: 31 July 2006 at 12:41am | IP Logged Quote Nikconsult

Meditz
 mana soalannya
Back to Top View Nikconsult's Profile Search for other posts by Nikconsult
 
Zltan
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 08 April 2006
Location: Malaysia
Posts: 337
Posted: 02 August 2006 at 7:47pm | IP Logged Quote Zltan

Meditz wrote:

Sepa bleh bagi cara penyelesaian kerja kursus Maths Tambahan 2006?? ttg saluran hujan..

Ada yang kata kolam ikan dan sekarang saluran hujan??

Back to Top View Zltan's Profile Search for other posts by Zltan
 
Dyjae
Newbie
Newbie


Joined: 22 September 2006
Location: Malaysia
Posts: 9
Posted: 23 September 2006 at 11:17am | IP Logged Quote Dyjae

Meditz wrote:

Sepa bleh bagi cara penyelesaian kerja kursus Maths Tambahan 2006?? ttg saluran hujan..



my keje kursus saluran hujan gaks...any1 de answers?
Back to Top View Dyjae's Profile Search for other posts by Dyjae
 

 

 
 
Page of 2 Next >>
  Post ReplyNew Question
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot ask questions in Homework Help

Facilitated by Tuition Plaza Malaysia :: Powered by Web Wiz Forums version 7.9
Copyright ©2001-2014 Web Wiz Guide