Tuition Plaza: ONLINE TUTORING
Online Tutoring HomepageHomepage  Quiz QuestionsQuiz  Homework HelpHomework  ForumForum  Active TopicsActive  SearchSearch  HelpHelp
Malaysian EditionMalaysia  ScoreScore  Create QuizCreate  Invite FriendsInvite  Display List of MembersMembers  About UsAbout
  RegisterRegister  LoginLogin
Biology - General - Homework Help
 Online Tutoring : Forum : Bantuan Kerjarumah (Am) : Biology - General - Homework Help
Topic Topic: respirasi Post ReplyNew Question
Author
Message << Prev Topic | Next Topic >>
Sooyee
Newbie
Newbie
Avatar

Joined: 20 October 2005
Location: Malaysia
Posts: 29
Posted: 20 October 2005 at 11:36pm | IP Logged Quote Sooyee

repirasi
Back to Top View Sooyee's Profile Search for other posts by Sooyee
 
 
 
Legendramon
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 10 September 2005
Location: Malaysia
Posts: 871
Posted: 21 October 2005 at 12:24am | IP Logged Quote Legendramon

Although I do not know your real intensions , but I'll post some "respirasi"

STRUKTUR RESPIRASI MANUSIA

Strukrur dan permukaan respirasi manusia-alveolus

 

-         Pertukaran gas dalam menusia berlaku dalam alveolus peparu.

-         Udara masuk melalui;-

 

Alveolus

Bronkiol

Bronkus

Trakea

Hidung

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

-         Goltis Ialah bukaan larinks di atas trakea. Semasa penelanan makanan, goltis ditutupi oleh epigoltis supaya makanan masuk ke dalam esofagus dan bukannya ke dalam trakea

-         Trakea disokong oleh gelang rawan yang mencegahnya daripada kempis akibat tekanan rendah. Otot bersilium  terdapat di dinding trakea

-         Udara yang memasuki trakea akan dipanaskan, ditapis, dan dilembabkan supaya tidak merosakkan Peparu

-         Trakea terpisah kepada Bronkus kiri dan Bronkus kanan. Bronkus kemudian bercabang kepada Bronkiol

-         Bronkiol berakhir dengan Alveolus-alveolus yang dikelinlingi kapilari darah

 

 

 

 

 

-         Ciri-ciri alveolus ;

            

1.         Jumlah Luas permukaan yang besar

-Mempunyai lebih 700juta albeolus

2.         Dinding yang sangat nipis

             - Setebal satu sel

3.         Lembab

             -Mencekapkan resapan

4.         Banyak kapilari  darah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

Cara Pengangkutan Oksigen-hemoglobin

1.  Oksigen diangkut sebagai OksiHemoglodin

    -Hemoglobin + Oksigen       Oksihemoglobin

 

2.  Pemecahan dan percantuman hemoglogin dengan oksigen ditentukan oleh tekanan Oksigen

 

3.  Hemoglobin bercantum dengan Oksigen apabila tekanan oksigen tinggi di alveolus

 

4. Oksihemoglobin berpecah dan melepaskan oksigen apabila tekanan oksigen rendah di sel

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mekanisme respirasi manusia

INSPIRASI

1.      Otot interkosta luar mengecut , dalam Mengendur

2.      Tulang rusuk bergerak ke atas dan keluar

3.      Otot Diafragma mengecut-menjadi rata

4.      Isipadu toraks bertambah

5.      Tekanan Rongga toraks berkurang

6.      Tekanan atmosfera tinggi menyababkan udara masuk

 

EKSPIRASI

1.               Otot interkosta luar mengendur, dalam mengecut

2.               Sangkar rusuk bergerak ke bawah dan ke dalam

3.               Otot Diafragma mengendur – Kubah

4.               Isipadu rongga toraks berkurang

5.               Tekanan Rongga toraks bertambah

6.               Tekanan atmaosfera menyebabkan udara keluar

 



__________________
Mangekyou Sharingan
Back to Top View Legendramon's Profile Search for other posts by Legendramon Visit Legendramon's Homepage
 
Legendramon
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 10 September 2005
Location: Malaysia
Posts: 871
Posted: 21 October 2005 at 12:24am | IP Logged Quote Legendramon

Pertukaran gas merentas permukaan alveolus dan kapilari darah di alveolus

-                       Tekanan separa sesuatu gas merujuk kepada kepekatan gas itu dan dinyatakan dalam pecahan jumlah tekanan. Misalnya, 100% gas dalam atmosfera menghasilkan tekanan 76cm Hg. Oleh itu , 21% oksigen dalam atmosfera menghasilkan 16cm Hg.

-                       Tekanan separa oksigen adalah lebih tinggi dalam udara alveolus berbanding dengan tekanan separa oksigen dalam kapilari darah

-                       Ini menyebabkan oksigen di alveolus melarut dalam lapisan air yang meliputi dinding alveolus serta dinding kapilari darah ke dalam sel darah merah

-                       Sebaliknya, tekanan separa karbon dioksida yang agak rendah dalam udara alveolus berbanding dengan tekananbsepara karbon dioksida dalam kapilari darah .

-                       Ini menyebabkan karbon dioksida dan sel darah merah meresap melalui dinding darah dan dinding alveolus ke dalam alveolus.

 

Struktur

Tekanan separa oksigen

Tekanan separa karbon dioksida

Alveolus

Tinggi

Rendah

Kapilari Darah

Rendah

Tinggi

 



__________________
Mangekyou Sharingan
Back to Top View Legendramon's Profile Search for other posts by Legendramon Visit Legendramon's Homepage
 
Legendramon
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 10 September 2005
Location: Malaysia
Posts: 871
Posted: 21 October 2005 at 12:25am | IP Logged Quote Legendramon

Proses respirasi pada tumbuhan

-                Seperti haiwan, tumbuhan memerlukan tenaga walaupun tumbuhan ridak bergerak atau menjalankan homoioterma. Oleh itu tumbuhan melakukan

                 respirasi.

-                Respirasi tumbuhan berlaku sepanjang masa. Walaupun fatosintesis berlaku pada waktu siang tetapi respirasi masih berlaku kerana tumbuhan memerlukan tenaga pada setiap masa

-           Pertukaran gas berlaku pada stoma yang terdapat pada batang muda dan daun tumbuhan. Stoma membenarkan pertukatan gas dengan transpirasi air dari permukaan air. Stoma dikawal oleh sel pengawal.

-           Oksigen dari udara akan meresap ke dalam daun melalui stoma dan ke dalam ruang udara dalam daun. Gas oksigen akan meresap ke dalam sel mesofil daun.

-           Karbon dioksida yang dikeluarkan akan digunakan untuk fotosintesis semasa waktu siang.

-           Proses fotosintesis dan respirasi merupakan dua proses yang berlawanan dan saling berhubung kait. Terdapat satu masa dimana semua Gas karbon dioksida yang dihasilkan semasa respirasi digunakan untuk fotosintesis. Kejadian ini dinamakan titik pampasan. Secara amnya, Fotosintesis menghasilkan lebih banyak oksigen daripada respirasi menggunakan oksigen.

-           Pada waktu malam, tumbuhan akan menggunakan oksigen dari ruang udaranya, kerana sel pengawal tertutup.

-           Tumbuhan melakukan Respirasi Anaerob dan Aerob. Proses anaerob berlaku semasa tumbuhan itu belum bercambah, ataupun semasa banjir(boleh bernafas secara anaerob untuk beberapa hari)

 



__________________
Mangekyou Sharingan
Back to Top View Legendramon's Profile Search for other posts by Legendramon Visit Legendramon's Homepage
 
Legendramon
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 10 September 2005
Location: Malaysia
Posts: 871
Posted: 21 October 2005 at 12:25am | IP Logged Quote Legendramon

Struktur Respirasi dan Mekanisme Pernafasan dalam Hidupan

-                       Respirasi luar, iaitu pertukaran gas antara organisma dengan persekitarannya memerlukan struktur respirasi yang tertentu.

-                       Struktur respirasi ialah tempat di mana pertukaran gas berlaku antara sel yang berespirasi dengan persekitaran

 

Organisma Unisel

-                       Dalam organisma yang kecil, struktur respirasi merupakan permukaan badannya. Organisma ini mempunyai luas permukaan per isipadu yang besar untuk pertukaran gas

-                       Gas boleh meresap masuk ke dalam dan ke luar organisma dengan mudah dan cepat.

-                       Contoh organisma yang tidak mempunyai struktur khas tetapi menggunakan permukaan badannya ialah protozoa

-                       Pertukaran gas dalam protozoa seperti Amoeba sp. Berlaku melalui membran plasma secara resapan ringkas

-                       Kepekatan oksigen di persekitaran adalah lebih tinggi daripada dalam sel. Manakala, kepekatan Karbon dioksida dalam sel adalah lebih pekat daripada persekitaran di luar. Oleh itu, Oksigen memasuki sel dan Karbon dioksida keluar dari sel

-                       Dengan itu, pertukaran gas berlaku secara mudah.

-                       Membran plasma yang nipis , mencepatkan proses resapan gas lagi.

 

-                       Keadaan lembab habitat unisel-unisel juga membantu resapan.

 

-                       Jumlah luas permukaan yang besar membantu resapan juga.

;-JLP unisel adalah besar, maka boleh menampung keperluannya . Tetapi JLP multisel adalah kecil dan tidak boleh digunakan 100% untuk respirasi

 

Struktur respirasi serangga-TRAKEOL

-                       Sistem pernafasan serangga dikenali sebagai sistem trakea.

Sistem ini lebih komplex berbangding dengan organisma unisel

-                       Di kedua-dua belah sisitoraks dan abdomen serangga seperti lipas dan belalan, terdapat 10 pasang liang pernafasan  atau spirakel

-                       Pembukaan dan penutupan spirakel dikawal oleh injap yang membenarkan udara keluar dan masuk ke dalam badannya.

-                       Otot Abdomen mengawal tekanan dalam trakea untuk mengeluarkan/memasukkan udara.

-                       Setiap spirakel membuka ke sebuah Trakea yang terpisah kepada Trakeol. Terdapat banyak trakeol untuk meningkatkan Jumlah luas permukaan untuk pertukaran gas secara resapan di trakeol.

-                       Terdapat penebalan Kitin pada trakea serangga untuk menghentikannya daripada kempis kerana tekanan yang rendah. (fungsinya seperti rawan pada trakea manusia)

-                       Respirasi Serangga cekap kerana

-        Tiada penebalan kitin pada Trakeol

-                       Hujung trakeol lembab untuk meningkatkan resapan

-                       Setiap trakeol berakhir dengan sel(tidak memerlukan hemoglobin untuk memindahan gas)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Struktur Respirasi Ikan- insang

-                       Pertukaran gas respirasi bagi ikan berlaku dalam insang. Insang ditutup dan dilindungi oleh operkulum. Setiap insang sebenarnya terdiri daripada dua baris filamen yan halus dan diskong oleh satu lengkung insang yang bertulang. Terdapat sisir insang untuk menapis bendasing.

-                       Respirasi ikan sangat efisen kerana

-        mempunyai membran nipis di filamen

-                       Terdapat lamela(plat nipis) pada Filamen

-                       Terdapat Banyak kapilari darah pada filamen

-                       Terdapat banyak filamen

-                       Gerakan anti selari (Kapilari darah dengan air)

;-Pertukaran gas berlaku apabila aliran air yang melalui insang adalah bertentangan dengan arah aliran darah dalam kapilari darah (aliran antiselari)

 

Mekanisme pernafasan ikan

Inspirasi

1.                  Mulut buka

2.                  Dasar mulut turun

3.                  Rongga operkulum membesar

4.                  Isipadu meningkat

5.                  Tekenan menurun

6.                  Injap operkulum tutup

 

Ekspirasi

1.                  Mulut tutup

2.                  Dasar mulut naik

3.                  Rongga operkulum mengecil

4.                  Isipadu menurun

5.                  Tekanan meningkat

6.                  Injap operkulum buka

 

 

 

Sistem pernafasan amfibia – Perparu dan kulit

-                       amfibia seperti katak boleh hidup di darat dan dalam air . haiwan ini bernafas melalui kulit, lapsian rongga mulut dan peparu.

-                       Dalam keadaan yang kurang aktif , amfibia menggunakan kulit untuk pertukaran gas dalam keadaan aktif, ia menggunakan rongga mulut dan peparu.

-                       Respirasi Amfibia cekap kerana

-        Kulit yang nipis, mempunyai banyak kapilari darah dan lembab(berlendir)

-                       Peparu yang berlipat-lipat untuk menigkatkan Jumlah luas permukaan. Membran yang nipis pada peparu. Peparu sentisa lembab. Peparu banyak alveolus dan mempunyai kapilari darah yang banyak

 

 

Mekanisme pernafasan katak(aktif)

Inspirasi

1.                     lubang hidung dibuka

2.                     Dasar rongga mulut diturunkan

3.                     Goltis tertutup

4.                     Isipadu meningkat

5.                     Tekanan berkurangan

6.                     Udara masuk kedalam mulut

7.                     Goltis membuka dan Udara masuk ke dalam peparu

 

Ekspirasi

1.                  Pengecutan otot peparu 

2.                  Goltis membuka

3.                  Isipadu berkurang

4.                  Tekanan meningkat

5.                  Lubang hidung dan rongga mulut dibuka

6.                  Udara keluar



__________________
Mangekyou Sharingan
Back to Top View Legendramon's Profile Search for other posts by Legendramon Visit Legendramon's Homepage
 
Samchenghung
Senior Member
Senior Member


Joined: 18 October 2005
Location: Malaysia
Posts: 176
Posted: 21 October 2005 at 2:21am | IP Logged Quote Samchenghung

Hmm... it looks like a font gallery to me

__________________
Do come and post! Everyone is welcome :)
Back to Top View Samchenghung's Profile Search for other posts by Samchenghung Visit Samchenghung's Homepage
 
Legendramon
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 10 September 2005
Location: Malaysia
Posts: 871
Posted: 21 October 2005 at 4:37pm | IP Logged Quote Legendramon

I typed that last year using words for some presentation in class using the Overhead projector.

__________________
Mangekyou Sharingan
Back to Top View Legendramon's Profile Search for other posts by Legendramon Visit Legendramon's Homepage
 
Samchenghung
Senior Member
Senior Member


Joined: 18 October 2005
Location: Malaysia
Posts: 176
Posted: 21 October 2005 at 6:58pm | IP Logged Quote Samchenghung

Wow, it seems that your teacher did a lot of activities with your class. Sometimes, my school does that too, but most of the work produced were extremely simplified that we'd rather listen to the presentor than to look at the presentation material.

__________________
Do come and post! Everyone is welcome :)
Back to Top View Samchenghung's Profile Search for other posts by Samchenghung Visit Samchenghung's Homepage
 

 

 
 

If you wish to post a reply to this topic you must first login
If you are not already registered you must first register

  Post ReplyNew Question
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot ask questions in Homework Help

Facilitated by Tuition Plaza Malaysia :: Powered by Web Wiz Forums version 7.9
Copyright ©2001-2014 Web Wiz Guide