Tuition Plaza: ONLINE TUTORING
Online Tutoring HomepageHomepage  Quiz QuestionsQuiz  Homework HelpHomework  ForumForum  Active TopicsActive  SearchSearch  HelpHelp
Malaysian EditionMalaysia  ScoreScore  Create QuizCreate  Invite FriendsInvite  Display List of MembersMembers  About UsAbout
  RegisterRegister  LoginLogin
Bahasa Melayu - Tingkatan 5 - Bantuan Kerjarumah
 Online Tutoring : Forum : Bantuan Kerjarumah (Tingkatan 5) : Bahasa Melayu - Tingkatan 5 - Bantuan Kerjarumah
Topic Topic: peribahasa Post ReplyNew Question
Author
Message << Prev Topic | Next Topic >>
Violet_girl 1
Senior Member
Senior Member


Joined: 20 January 2006
Posts: 320
Posted: 11 May 2006 at 5:31pm | IP Logged Quote Violet_girl 1

harap ni boleh bantu.....
CONTOH PERIBAHASA
Back to Top View Violet_girl 1's Profile Search for other posts by Violet_girl 1
 
 
 
Violet_girl 1
Senior Member
Senior Member


Joined: 20 January 2006
Posts: 320
Posted: 11 May 2006 at 5:32pm | IP Logged Quote Violet_girl 1

1.
Ada air adalah ikan. Ada negeri adalah rakyatnya.
2.
Ada angin ada pohonnya. Segala yang terjadi ada sebab-sebabnya.
3.
Ada bangkai adalah kering. Ada perempuan jahat di situlah juga terdapat lelaki jahat.
4.
Ada batang mati, adalah cendawan timbul. Walau di mana kita tinggal, akan ada rezeki kita.
5.
Ada beras taruh dalam peti, ada ingat taruh dalam hati. Rahsia hendaklah disimpan dengan sebaik-baiknya.
6.
Ada bukit ada paya. Kaya dan miskin, senang dan susah adalah lumrah hidup manusia.
7.
Ada gula adalah semut. a. Orang berharta dan berkedudukan mempunyai banyak kawan. b. Di tempat orang mudah mendapat rezeki, di situlah orang bertumpu.
8.
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas. Perbuatan jahat akan dibalas jua akhirnya.
9.
Ada kari ada nasi. Seseorang akan beroleh rezeki selagi masih hidup.
10.
Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak berbau. Seseorang yang berilmu tetapi tidak digunakan atau diajarkan kepada orang lain tidak akan membawa faedah.
11.
Ada padang ada belalang. Ada negeri adalah rakyatnya.
12.
Ada padi masak adalah pipit. Walau di mana kita tinggal, akan ada rezeki kita.
13.
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Semua pekerjaan dapat dilaksanakan sekiranya ada kemampuan, kemahiran atau bayaran.
14.
Ada rotan ada duri. Dalam kesenangan tentu ada kesusahan juga.
15.
Ada rupa ada harga. Sesuatu yang mahal itu biasanya bermutu dan cantik.
16.
Ada sampan hendak berenang. Ada perkara yang senang tetapi sengaja hendak bersusah payah.
17.
Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas. Perbuatan jahat akan dibalas jua akhirnya.
18.
Ada ubi ada talas, ada budi ada balas. Setiap perbuatan baik atau jahat ada balasannya.
19.
Ada udang di sebalik batu. Ada maksud di sebalik sesuatu perbuatan.
20.
Adakah buaya menolak bangkai? Seseorang yang jahat, akan cuba berbuat jahat sekiranya ada kesempatan.
21.
Adakah dari telaga yang jernih mengalir air yang keruh? Tidak mungkin orang yang daripada keturunan baik-baik melakukan perbuatan keji.
22.
Adakah duri dipertajam? a. Orang cerdik tidak guna ditunjuk ajar. b. Musuh tidak perlu diberi pertolongan.
23.
Adapun buah peria itu, kalau ditanam di atas batas sakar, dan dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan, atau diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit juga. Orang jahat yang tidak dapat diperbaik kelakuannya.
24.
Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung. Tidak mementingkan diri sendiri.
25.
Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat. Pergaulan dalam masyarakat hendaklah bersesuaian dengan adat dan syarak.
     
Back to Top View Violet_girl 1's Profile Search for other posts by Violet_girl 1
 
Violet_girl 1
Senior Member
Senior Member


Joined: 20 January 2006
Posts: 320
Posted: 11 May 2006 at 5:34pm | IP Logged Quote Violet_girl 1

Badan boleh dimiliki tetapi hatinya tidak. Orang yang lemah memang berada di bawah kekuasaan orang yang kuat, namun hati mereka tidak dapat dikuasai.
2.
Bagai air di daun keladi. Pendirian yang tidak tetap dan sering berubah-ubah.
3.
Bagai air titik ke batu. Kesukaran memberi pengajaran kepada orang yang degil.
4.
Bagai anak dara mabuk andam. Perempuan yang lemah dan lesu tetapi tiada berpenyakit.
5.
Bagai anak sepat ketohoran. Orang yang bermalas-malas di rumah orang lain.
6.
Bagai anjing beranak enam. Perempuan yang menjadi terlalu kurus selepas bersalin.
7.
Bagai anjing buruk kepala. Orang yang dibenci oleh masyarakat.
8.
Bagai anjing kalau biasa makan tahi, tak dimakan dicium ada juga. Orang yang selalu berbuat jahat, walaupun tidak melakukannya lagi akan masih teringat-ingat untuk melakukannya.
9.
Bagai anjing melintang denai. Orang yang sangat sombong.
10.
Bagai anjing menyalak di ekor gajah. Orang yang lemah hendak melawan orang yang berkuasa.
11.
Bagai anjing tersepit di pagar. Mendapat kesusahan sehingga menjadi tidak tentu arah dan meminta pertolongan ke sana ke mari.
12.
Bagai antan pencungkil duri. Membuat pekerjaan yang sia-sia.
13.
Bagai api dengan asap. Sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.
14.
Bagai api dengan rabuk. Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tidak baik kalau didekatkan.
15.
Bagai aur di atas bukit. Orang yang sering menyerahkan dirinya kepada nasib.
16.
Bagai ayam dimakan tungau. a. Orang yang pucat dan kuning kerana menghidap penyakit. b. Orang yang sentiasa gelisah.
17.
Bagai ayam disambar helang. Orang yang hilang dengan tiba-tiba dan tidak diketahui khabar beritanya lagi.
18.
Bagai ayam mabuk tahi. Orang yang pucat lesi kerana penyakit atau kurang darah.
19.
Bagai ayam mengerang telur. Perempuan yang berwajah elok dan merah mukanya.
20.
Bagai ayam naik ke surau. Bertandang ke rumah orang yang tidak menghidangkan apa-apa makanan.
21.
Bagai babi merasa gulai. Orang yang hendak menyamai orang besar.
22.
Bagai bajak wangkang makan diangkat. Orang yang suka kena puji.
23.
Bagai balak terendam. Orang yang gemuk dan malas bergerak.
24.
Bagai batu jatuh ke lubuk. Orang yang hilang dengan tiba-tiba dan tidak diketahui khabar beritanya lagi.
25.
Bagai Belanda minta tanah. Orang yang telah diberi sedikit namun minta banyak lagi.
     
 
Cacing hendak menjadi naga. Orang kecil-kecilan yang hendak menjadi seperti orang besar-besar atau orang kaya.
2.
Cacing menelan naga. Orang lemah yang dapat mengalahkan orang yang kuat.
3.
Cacing menjadi ular naga. Orang yang hina menjadi mulia.
4.
Cakap berdegar-degar tumit di keting. Orang yang bercakap besar tetapi sebenarnya penakut.
5.
Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar. Cakap sahaja yang besar tetapi tiada satu pun pekerjaan yang dilakukan.
6.
Cakap berlauk-lauk, makan dengan sambal lada. Cakapnya sahaja seperti orang kaya, padahalnya miskin.
7.
Cakapan sejengkal dibawa ke hasta. Cakap berlebih-lebihan daripada perkara yang sebenarnya.
8.
Campak baju nampak kurap. Mendedahkan keburukan diri sendiri.
9.
Campak bunga dibalas dengan campak tahi. Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
10.
Campur dengan pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak. Sekiranya kita bercampur dengan orang jahat, sedikit sebanyak akan jadi jahat juga.
11.
Cari umbut kena buku. Mencari yang baik, dapat yang tidak baik.
12.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Pergaduhan antara keluarga, akhirnya akan berbaik juga.
13.
Cekur jerangau belum habis lagi. Masih terlalu muda.
14.
Cekur jerangau masih ada lagi di ubun-ubun. Masih terlalu muda.
15.
Cencaru makan petang. Pekerjaan yang lambat tetapi mendatangkan hasil yang baik.
16.
Cepat kaki ringan tangan. Orang yang rajin dan pantas bekerja.
17.
Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahan, cepat mulut terkatakan. Melakukan sesuatu dengan tidak memikirkan buruk baiknya boleh mendatangkan kesusahan.
18.
Cerdik bagai ekor kerbau. Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.
19.
Cerdik helang bingung si kikih, lamun murai terkecoh juga. Kecerdikan atau kebodohan orang besar akhirnya menyebabkan orang kecil yang akan menanggung kerugiannya.
20.
Cermat masa banyak, jimat masa sedikit. Berhati-hati semasa berbelanja, atau semasa menggunakan sesuatu.
21.
Cincin emas takkan tampan bermata kaca. Gadis hartawan yang cantik tidak akan berjodoh dengan pemuda miskin dan hodoh.
22.
Condong ditumpil, lemah dianduh. Memberi pertolongan kepada orang yang lemah dan miskin.
23.
Condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya. Setiap orang akan lebih suka kepada keluarganya daripada keluarga orang lain.
24.
Condong yang akan menimpa. Perbuatan yang sangat berbahaya.
25.
Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan. Pemimpin yang akan menolong dan menjaga kepen
Dada manusia tidak dapat diselam. Fikiran seseorang itu tidak dapat diduga.
2.
Dahan pembaji batang. Berbudi kepada orang dengan menggunakan harta benda orang itu sendiri.
3.
Dahulu parang sekarang besi. Barang yang tidak dapat digunakan lagi.
4.
Dalam dua tengah tiga. a. Orang yang tidak jujur. b. Hati yang tidak tetap.
5.
Dalam genggaman tangan orang. Di bawah kekuasaan orang lain.
6.
Dalam kilat ada kilau. Kelakuan dan pertuturan menunjukkan maksud yang tersembunyi.
7.
Dalam madu berisi hempedu. Jangan percaya perkataan yang manis-manis kerana selalunya mengandungi tipu daya.
8.
Dalam menyelam, untuk bertimba. Hasil atau pendapatan yang sedikit cuba dicukup-cukupkan.
9.
Dalam rumah membuat rumah. Mencari keuntungan dengan menggunakan perbelanjaan orang lain.
10.
Dalam sudah kejukan, dangkal sudah ke seberang. Telah diketahui tujuan atau maksudnya.
11.
Dapat durian runtuh. Mendapat keuntungan atau kekayaan dengan mudah.
12.
Dapat harta karun. Mendapat keuntungan atau kekayaan dengan mudah.
13.
Dapat tebu rebah. Mendapat keuntungan atau kekayaan dengan mudah.
14.
Dapur tidak berasap. Terlalu miskin.
15.
Darah baru setampuk pinang. Masih terlalu muda.
16.
Dari lecah, lari ke duri. Cuba lari daripada kesusahan kecil, mendapat pula kesukaran yang lebih besar.
17.
Dari segenggam jadi segantang. Bertambah baik.
18.
Dari semak ke belukar. Bercerai dengan isteri atau suami yang jahat, berkahwin pula dengan yang lebih jahat lagi.
19.
Dari telaga yang jernih takkan mengalir air yang keruh. Dari sifat yang mulia takkan lahir budi bahasa yang kasar.
20.
Daripada bersahabat dengan orang yang bodoh, baik berseteru dengan orang yang berakal. Tidak berfaedah bersahabat dengan orang bodoh.
21.
Daripada buah dikenal pohonnya. Daripada pertuturan dan kelakuan seseorang akan diketahui asal usulnya.
22.
Daripada cempedak baiklah nangka. Daripada tidak ada langsung sedikit pun cukuplah.
23.
Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalung tanah. Lebih baik mati daripada menanggung malu.
24.
Datang nampak muka pergi nampak belakang. a. Datang dengan baik, pergi pun dengan baik. b. Memberitahu semasa datang dan pergi.
25.
Datang seperti ribut, pergi seperti semut. Berkenaan penyakit yang datang dengan tiba-tiba tetapi sembuh dengan perlahan-lahan.
     
Ekor anjing betapa pun dilurut tiada juga betul. Orang jahat sukar diajar kerana hendak berbuat jahat juga.
2.
Elok bahasa kau bakal hidup, elok budi kau bakal mati. Keelokan bahasa menjadi kesayangan orang sewaktu hidup dan keelokan budi menjadi kenangan sesudah mati.
3.
Elok balut penebat kurang. Nampak elok tetapi belum sembuh atau baik betul.
4.
Elok buruknya. Baik ataupun buruknya.
5.
Elok lenggeng di tempat datar. Bersuka ria hendaklah pada tempatnya atau pada waktunya yang bertepatan.
6.
Emas berpeti, kerbau berkandang. Harta benda hendaklah dijaga mengikut keperluan harta-harta tersebut.
7.
Embun di hujung rumput. Bersifat sementara, tidak kekal.
8.
Empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit. a. Pertelingkahan yang tidak dapat didamaikan. b. Aturan yang tidak boleh diubah.
9.
Empat ganjil, lima genap, dikandung berdenting ditegang berjela-jela. Percakapan orang yang bijaksana sukar dimengertikan oleh orang kebanyakan.
10.
Empat sudah bersimpul satu. Kesempurnaan diperoleh daripada empat orang iaitu, orang yang berilmu, berakal, mahir dan rajin.
11.
Empat susu dua perut. Amat berbeza.
12.
Enam memanjat sigai. Perempuan mendapatkan lelaki.
13.
Enau sebatang dua sigainya. a. Perempuan yang menduakan suaminya. b. Pekerjaan yang mempunyai dua orang ketua.
14.
Enggan seribu daya, mahu sepatah kata. Jikalau tidak suka memang banyak alasannya, kalau suka berkata "ya" sahaja.
15.
Enggang apa kepada enggang, orang apa kepada orang. Susah senang sendiri, sendiri yang menanggungnya, susah senang orang, oranglah yang menanggungnya.
16.
Enggang lalu ranting patah. Mendapat kesusahan atau kemalangan secara kebetulan.
17.
Enggang lalu jatuh anak raja ditimpanya. Mendapat kemalangan kerana kebetulan berada di tempat kejadian itu.
18.
Enggang sama enggang, pipit sama pipit. Berkawan dengan orang yang sama taraf dengan kita.
19.
Engkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai ke seberang. Mendahului pihak lawan dalam tindakan atau perbuatan.
20.
Esa hilang dua terbilang. Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risiko.
     
Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga. Perbuatan yang terlanjur walaupun sekali atau kecil, akibatnya sama dengan kesalahan yang besar.
2.
Gading pada gajah yang sudah dikeluar itu bolehkah dimasukkan pula? a. Raja yang telah diturunkan darjatnya, tidak mungkin mendapat darjatnya yang asal. b. Sesuatu yang telah berlaku tidak dapat diubah lagi.
3.
Gagak bersuara murai. Rupa sahaja hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasa pula.
4.
Gagak lalu pungguk rebah. Orang yang menunjukkan kuasanya, terutama kepada golongan yang lemah.
5.
Gaharu dibakar kemenyan berbau. Orang yang memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.
6.
Gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan. Cuba meniru perbuatan orang besar atau orang kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.
7.
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit. Raja-raja yang berselisih, rakyat yang mendapat kesusahan.
8.
Gajah berhati, kuman pun berhati juga. Orang kaya atau orang miskin, semua manusia mempunyai fikiran dan nafsu masing-masing.
9.
Gajah dialahkan oleh pelanduk. a. Orang berkuasa dialahkan oleh orang yang lemah. b. Perempuan bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan.
10.
Gajah dipandang seperti kuman. Terlalu masak sehingga menjadi terlalu berani.
11.
Gajah ditelan ular lidi. a. Orang berkuasa dialahkan oleh orang yang lemah. b. Perempuan bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan.
12.
Gajah empat kaki lagi tersaruk. Ada kalanya orang besar pun kehilangan kebesaran atau pangkatnya.
13.
Gajah lalu dibeli, kuasa tidak terbeli. Mengerjakan yang besar tetapi melupakan hal-hal kecil yang perlu untuk menyelesaikan hal yang besar itu.
14.
Gajah mati dicatuk katak. a. Orang berkuasa dialahkan oleh orang yang lemah. b. Perempuan bangsawan berkahwin dengan orang kebanyakan.
15.
Gajah mati kerana gadingnya. Mendapat kecelakaan kerana kelebihan yang dimiliki.
16.
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Orang baik meninggalkan nama yang baik dan orang jahat meninggalkan nama yang jahat setelah meninggal dunia.
17.
Gajah mati tulang setimbun. Orang kaya yang meninggal dunia dan banyak meninggalkan harta.
18.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Raja-raja yang berselisih, rakyat yang mendapat kesusahan.
19.
Gajah turun tengah rumah. Orang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang miskin itu sendiri.
20.
Gali lubang menutup lubang. Meminjam wang untuk membayar hutang.
21.
Gali lubang timbus lubang. Meminjam wang untuk membayar hutang.
22.
Gamak-gamak seperti menyambal. Hanya dengan cuba-cuba atau agak-agak sahaja.
23.
Ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan. Mencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat.
24.
Gantikan penu di bibir. Tidak dapat menghindarkan ahli keluarga yang buruk kelakuannya.
25.
Garam dikulum tak hancur. Orang yang pandai menyimpan rahsia.
     
 
 

Back to Top View Violet_girl 1's Profile Search for other posts by Violet_girl 1
 
Ferio
Newbie
Newbie
Avatar

Joined: 12 August 2006
Location: Malaysia
Posts: 4
Posted: 13 August 2006 at 3:45pm | IP Logged Quote Ferio

Macam mana cara mudah untuk membina ayat menggunakan peribahasa. Boleh tak berikan beberapa teknik menulis ayatnya..
Back to Top View Ferio's Profile Search for other posts by Ferio Visit Ferio's Homepage
 
Madgurlz
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 19 August 2005
Location: Malaysia
Posts: 556
Posted: 17 August 2006 at 2:37pm | IP Logged Quote Madgurlz

slalunye la kan......sblm peribahasa, ayt depan2 tu mesti cam ni 'bak kata pepatah' or 'peribahasa mengatakan'...

__________________
+Mimi389+
Back to Top View Madgurlz's Profile Search for other posts by Madgurlz
 
Spm_kid
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 12 September 2006
Location: Malaysia
Posts: 1312
Posted: 14 September 2006 at 12:04am | IP Logged Quote Spm_kid

 mudah saje SPM - bm

need not 2 worry much

yg keluar pun semua biasa didengar dan dignkn


yg ANEH2 itu mustahil akn keluar....

trust me man!!!!

perhaps yeah read and know only peribhs yg ada nilai murni saje.......


all the best


__________________
KUDOS

A HELPING HAND..........

GOD HELPS THOSE WHO HELP THEMSELVES....

ALL THE BEST 2 SPM & STPM 2008   CANDIDATES

AWAITING GREAT RESULTS WITH YOU....
Back to Top View Spm_kid's Profile Search for other posts by Spm_kid Visit Spm_kid's Homepage
 
Qina89
Newbie
Newbie


Joined: 16 September 2006
Location: Malaysia
Posts: 4
Posted: 16 September 2006 at 9:59pm | IP Logged Quote Qina89

awk psti ke spm-bm snang?jg2,bm nmpk je snang.tp soalannya mgkn bnyk trik @ mnglirukn.cgu sy kt,pnah soaln pribhs spm yg ssh.1:5 calon x blh jwb tau.

yg plik2 mgkn ada kua.so,bnykkn mmbc tuk tmbh pngthuan n bnkkn lat. jgn rsau.

Back to Top View Qina89's Profile Search for other posts by Qina89
 
Spm_kid
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 12 September 2006
Location: Malaysia
Posts: 1312
Posted: 18 September 2006 at 11:22pm | IP Logged Quote Spm_kid

worry not

i cuma bincang bah perbhs.


jd 100% dikatakan perbhs yg dignkn hny very norm only....


yg abstrak dan kompleks tuuu.... impossible to come out....


INGATT>>>>

ini spm.... utk mlaysia x seperti MRSM yg betul2 mencabar SEREBRUM


__________________
KUDOS

A HELPING HAND..........

GOD HELPS THOSE WHO HELP THEMSELVES....

ALL THE BEST 2 SPM & STPM 2008   CANDIDATES

AWAITING GREAT RESULTS WITH YOU....
Back to Top View Spm_kid's Profile Search for other posts by Spm_kid Visit Spm_kid's Homepage
 
Shida666
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 30 September 2006
Location: Malaysia
Posts: 199
Posted: 12 October 2006 at 2:43pm | IP Logged Quote Shida666

Spm_kid wrote:


INGATT>>>>

ini spm.... utk mlaysia x seperti MRSM yg betul2 mencabar SEREBRUM


Bukan SEREBRUM, but otak lah!!.. Brain/Akal.... LOLx..

Back to Top View Shida666's Profile Search for other posts by Shida666
 
Spm_kid
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 12 September 2006
Location: Malaysia
Posts: 1312
Posted: 12 October 2006 at 3:46pm | IP Logged Quote Spm_kid

lol.....

kalau pljr bio, sudah tentu fhm n no doubt....

mlhn tulis serebrum dlm krgn sounds better... maksudnya msih di situ,

eg. perbincangan

perkataan lain seprti syura n musyawarah boleh replace .... tau...


__________________
KUDOS

A HELPING HAND..........

GOD HELPS THOSE WHO HELP THEMSELVES....

ALL THE BEST 2 SPM & STPM 2008   CANDIDATES

AWAITING GREAT RESULTS WITH YOU....
Back to Top View Spm_kid's Profile Search for other posts by Spm_kid Visit Spm_kid's Homepage
 

 

 
 

If you wish to post a reply to this topic you must first login
If you are not already registered you must first register

  Post ReplyNew Question
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot ask questions in Homework Help

Facilitated by Tuition Plaza Malaysia :: Powered by Web Wiz Forums version 7.9
Copyright ©2001-2014 Web Wiz Guide