| Posted: 22 April 2007 at 8:29am | IP Logged
|
|
|
aku dh join group tu...x yah la kisah bnde2 lain tu...agk2 je dia letak nota ktne...nota tu dlm bm gak...
Sejarah SPM: Sejarah Dunia
Bab 1 : TAMADUN AWAL MANUSIA.
1.1 Pengenalan. 1. Manusia pada zaman pra sejarah tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis kerana mereka buta huruf. 2. Pada tahun 3500 S.M, sejarah berjaya direkodkan secara bertulis. 3. Bukti-bukti zaman pra sejarah berjaya dikesan oleh ahli-ahli arkeologi dengan penemuan bangunan, tembikar, tulang, fosil, peralatan berburu dan pertanian. 4. Fosil manusia yang telah ditemui membuktikan bahawa manusia telah wujud 3 juta tahun dahulu. 5. Bukti yang terawal ditemui menunjukkan bahawa manusia terawal ialah manusia peking yang hidup di China dan manusia jawa yang hidup di Pulau Jawa. 6. Mereka tinggal di dalam gua dan memburu binatang dengan peralatan yang diperbuat daripada batu dan kayu. 7. Di bawah menunjukkan perbezaan di antara manusia Cro-Magnon dengan manusia Neanderthal.
|
Manusia Cro-Magnon |
Manusia Neanderthal |
|
1. Wujud sekitar tahun 20 000 s.m 2. Generasi selepasnya kini menetap di Afrika utara, Sepanyol, Wales dan Perancis. 3. Mereka lebih cerdik daripada manusia Neanderthal dan manusia terawal. |
1. Wujud sekitar tahun 50 000 s.m. 2. Menetap di dalam gua. 3. Kulit binatang digunakan untuk membuat pakaian. 4. Sudah boleh menggunakan api. 5. Mempunyai ketinggian yang lebih dari manusia Jawa dan manusia Peking. |
1.2 Permulaan Tamadun Manusia.
1. Zaman pra sejarah terbahagi kepada empat zaman iaitu :
|
Zaman Paleolitik (Zaman Batu Lama) |
|
Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan) |
|
Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru) |
|
Zaman Logam (Zaman Gangsa dan Besi) |
Zaman Paleolitik. (Zaman Batu Lama)
1. Wujud antara tahun 50 000 s.m - 10 000s.m. 2. Pada zaman ini, manusia peking dan manusia jawa telah wujud. 3. Di Afrika, Eropah dan Asia, manusia Neanderthal telah hidup pada awal tahun 50 000 s.m, manakala pada tahun 20 000 s.m, manusia Cro-magnon sudah menguasai kebudayaan moden di Afrika Utara dan Eropah. 4. Pada zaman ini, manusia hidup secara nomad atau berpindah-randah dalam kumpulan kecil untuk mencari makanan. 5. Mereka memburu binatang, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan sebagai makanan. Mereka tidak tahu bercucuk-tanam. 6. Mereka menggunakan batu, kayu dan tulang binatang untuk membuat peralatan memburu. Alat-alat ini juga digunakan untuk menetak dan mempertahankan diri daripada musuh. 7. Mereka membuat pakaian daripada kulit binatang. Selain daripada itu mereka juga telah pandai menggunakan api untuk memasak, memanaskan badan dan menakutkan binatang. 8. Mereka tahu menggunakan api apabila menyaksikan kebakaran hutan. 9. Manusia ini tinggal didalam gua atau pondok yang diperbuat daripada ranting dan rumput. 10. Gua atau pondok ini penting untuk melindungi diri daripada binatang liar atau cuaca buruk. 11. Manusia ini hidup di gua batu kapur dan kawasan yang berhampiran sungai dan tasik di Malaysia. Antaranya : a) Tingkayu di Sabah. b) Gua Niah di Sarawak c) Kota Tampan dan Gua Badak di Perak.
cmni la nota yg ada ktsna..
__________________ ***$$$@@@@@#$%^&*()@#$%^&*(
|