Tuition Plaza: ONLINE TUTORING
Online Tutoring HomepageHomepage  Quiz QuestionsQuiz  Homework HelpHomework  ForumForum  Active TopicsActive  SearchSearch  HelpHelp
Malaysian EditionMalaysia  ScoreScore  Create QuizCreate  Invite FriendsInvite  Display List of MembersMembers  About UsAbout
  RegisterRegister  LoginLogin
Bahasa Melayu - Tingkatan 4 - Bantuan Kerjarumah
 Online Tutoring : Forum : Bantuan Kerjarumah (Tingkatan 4) : Bahasa Melayu - Tingkatan 4 - Bantuan Kerjarumah
Topic Topic: KOMSAS, SASTERA DAN PERIBAHASA. Post ReplyNew Question
Author
Message << Prev Topic | Next Topic >>
Lycos
Newbie
Newbie
Avatar

Joined: 25 June 2006
Posts: 36
Posted: 25 June 2006 at 7:32pm | IP Logged Quote Lycos

Bolehkah saya dapat nota tentang tingkatan 4 komsas, sastera dan peribahasa.

Bolehkah anda memberi relavant information kepada saya, as soon as you could?

Back to Top View Lycos's Profile Search for other posts by Lycos
 
 
 
Gurlz
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 28 April 2006
Location: Malaysia
Posts: 163
Posted: 28 June 2006 at 5:43pm | IP Logged Quote Gurlz

kalau nota komsas......i think i got it.....tapi saya send dari masa ke semasa yer and not semua sebab saya nak cari luk bab saya simpan dlm disket

luv and hug

 

Back to Top View Gurlz's Profile Search for other posts by Gurlz
 
Gurlz
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 28 April 2006
Location: Malaysia
Posts: 163
Posted: 28 June 2006 at 5:49pm | IP Logged Quote Gurlz

ok lets started with annyss sophillea....

ANNYSS SOPHILLEA

 

Sinopsis

Annyss Sophillea telah berusaha mencari saudara kembarnya,Eyrique yang telah hilang. Dalam pencariannya Annyss telah singgah ke bumi dan telah berkawan dengan Akmal. Oleh kerana Annyss gagal menemiu Eyrique di bumi,dia kembali semula ke planetnya, Alstonia untuk meneruskan tugasnya untuk mencari Eyrique yang sebenarnya telah diculik oleh Strenn kerana Strenn mahu merampas takhta Mahajara Alstonia yang sepatutnya dimiliki oleh Eyrique selepas kemangkatan ayahanda dan bonda Eyrique. Pencarian Annyss berakhir selepas dia berjaya menemui Eyrique di tempat kegemaran dia dan Eyrique bermain semasa kecil dahulu tetapi malangnya mereka terpaksa berhadapan dengan Strenn terlebih dahulu.Pertarungan berlaku di antara Eryque dan Strenn.Akmal yang tidak ingin melihat rakan barunya itu kecundang,menembak Strenn.Strenn meninggal dan Akmal pula berada dalam keadaan parah kerana di Alstonia siapa yang membunuh akan turut mati.Akan tetapi Akmal berjaya diselamatkan dengan bantuan gabungan kuasa Annyss dan Eyrique.

 

Binaan Plot

*      Permulaan cerita

o       Annyss Sophillea telah turun ke bumi untuk mencari saudara kembarnya Eyrique Etiqaz yang telah diculik sepupunya Strenn.

*      Perkembangan cerita

o       Pencarian Annyss di bumi tidak berjaya tetapi dia telah berkenalan dan bersahabat dengan Akmal.Annyss kemudiannya kembali semula ke Alstonia untuk meneruskan pencariannya.

*      Perumitan cerita

o       Annyss menghadapi pelbagai rintangan untuk menyelamatkan Eyrique.Dia dan Akmal berusaha mengeluarkan Eyrique dari tempat dia disembunyikan tetapi tindakan mereka telah diketahui oleh Strenn dan konco-konconya yang telah bersedia menanti kedatangan mereka.

*      Puncak cerita / Klimaks

o       Akibat rasa tidak puas hati antara Strenn dan Eyrique,berlakunya pertempuran hebat di antara mereka.Eyrique hampir tewas tetapi Akmal telah mengadaikan nyawanya untuk menembak mati Strenn.Akmal hampir terbunuh.

*      Peleraian

o       Eyrique dan Annyss cuba untuk menyelamatkan Akmal menggunakan gabungan kuasa mereka.

 

Watak dan Perwatakan

*      Watak utama

o       Annyss Sophillea

§         Watak

·        Berusia 22 tahun

·        Berasal dari Alstonia

·        Seorang yang lemah lembut

·        Saudara kembar Eyrique Etiqaz

§         Perwatakan

·        Gigih ~ Dapat dibuktikan melalui kesungguhannya mencari Eyrique untuk menunaikan wasiat ayahanda dan bondanya yang mahukan Eyrique menjadi Maharaja.

·        Penyayang ~ Dia begitu menyayangi Eyrique dan seorang yang lemah lembut.

·        Tegas ~ Dia tidak mudah terpengaruh dengan pujukan Strenn.

o       Eyrique Etiqaz

§         Watak

·        Pewaris takhta kerajaan Alstonia

·        Diculik oleh Strenn pada malam pertabalannya sebagai Maharaja Alstonia yang ke-74.

·        Saudara kembar Annyss Sophillea

§         Perwatakan

·        Sakti~Dia dapat memulihkan tenaganya dengan hanya memegang tanduk eustary(unicorn).Lebih kuat jika bersama Annyss Sophillea.

o       Strenn

§         Watak

·        Sepupu Annyss dan Eyrique

·        Ingin merampas kerajaan Alstonia

·        Ditembak mati oleh Akmal

§         Perwatakan

·        Tamak Kuasa ~ Sanggup menculik sepupunya sendiri Eyrique agar dia dapat merampas takhta Alstonia.

o       Akmal

§         Watak

·        Sahabat Annyss di bumi.

§         Perwatakan

·        Mempunyai semangat setiakawan yang tinggi ~ Sanggup bergadai nyawa untuk menghapuskan musuh Annyss dan Eyrique iaitu Strenn

 

Back to Top View Gurlz's Profile Search for other posts by Gurlz
 
Gurlz
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 28 April 2006
Location: Malaysia
Posts: 163
Posted: 28 June 2006 at 5:50pm | IP Logged Quote Gurlz

KERANA MANISNYA EPAL

 

SINOPSIS

 

             Mazlina,pelajar Malaysia di luar negara menjadi anak angkat Buchanan,seorang peladang epal di Tsolum River Fruit Trees,tanah British Columbia.Seorang lagi anak angkat Buchanan,Yvonne Zakharov Rosenblum berasal dari Russia.

             Anak-anak Buchanan seramai lima orang tidak berniat untuk mengusahakan ladang epal.Buchanan pula sangat sayang akan ladang epalnya.Buchanan sedih kerana ladang epalnya ingin diambil oleh Gabenor British Columbia.

             Mazlina dan Yvonne berasa cemas kerana orang-orang dari Jabatan Tanah British Columbia dan pegawai tentera datang dengan membawa jentolak ketika Buchanan tiada di rumah.

Buchanan berlari-lari pulang diikuti oleh Gabenor.Gabenor membatalkan projek lapangan terbang kerana beliau tidak mahu epa-epal yang manis sebanyak dua ratus  jenis di ladang itu musnah.

 

TEMA

 

Ø      Perjuangan mempertahankan hak warisan

o       Contohnya:-Buchanan berusaha mempertahankan ladang epalnya daripada dirampas oleh Jabatan Tanah British Columbia yang berhasrat untuk merampasnya.

 

PERSOALAN

 

Ø      Keberanian mempertahankan hak

o       Contohnya:-Buchanan mempertahankan ladang epalnya dengan berani.

 

Ø      Kehidupan seorang tua

o       Contohnya:- Kehidupan Buchanan selepas kematian isteri.Beliau tinggal seorang diri kerana anak-anaknya sudah mempunyai keluarga sendiri.

 

Ø      Hubungan anak angkat dengan bapa angkat

o       Contohnya:- Buchanan mempunyai dua orang anak angkat iaitu Mazlina dan Yvonne yang sangat memahaminya.

 

Ø      Kebun epal yang disayanginya

o       Contohnya:- Ladang warisan peninggalan nenek moyang Buchanan.

 

LATAR

 

Latar Tempat

  • Di rumah Buchanan dan di Tsolum River Fruit Trees.

 

Latar Masa

  • Waktu siang dan malam,pada zaman pemerintahan gabenor British Columbia.

 

Latar Masyarakat

  • Masyarakat luar negara.
  • Masyarakat pelbagai bangsa iaitu Inggeris,Melayu dan Russia .
  • Masyarakat peladang epal dan pelajar.
  • Masyarakat yang mementingkan hak warisan.
  • Masyarakat yang penyayang dan gigih berusaha.
  • Masyarakat yang berani mempertahankan hak.
  • Masyarakat pelajar yang cepat menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

 

GAYA BAHASA

 

  • Penggunaan kata klasik
    • Contohnya:-Nirmala (Bermaksud bersih lagi suci)
  • Penggunaan kata daripada bahasa Ambon.
    • Contohnya:- lenso (Bermaksud sapu tangan)
  • Penggunaan kata daripada bahasa Inggeris
    • Contohnya:-Fellow,jeans
  • Peribahasa
    • Contohnya:-Patah tongkat berjemang
  • Ayat pendek
    • Contohnya:-Pagi nirmala,terdekih-dekih
  • Personifikasi
    • Contohnya:-Epal di kebun juga bergembira.
  • Metafora
    • Contohnya:-Samudera hampa
  • Sinkof
    • Contohnya:-Dah,tawa,tak
  • Simile

o       Contohnya:-Bagaikan kaca terhempas di batu,perbezaan mereka                 melangit.

  • Repitasi
    • Contohnya:-Buahnya besar,cukup besar.
Back to Top View Gurlz's Profile Search for other posts by Gurlz
 
Gurlz
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 28 April 2006
Location: Malaysia
Posts: 163
Posted: 28 June 2006 at 5:51pm | IP Logged Quote Gurlz

Pusaran – S.Othman Kelantan

 

Sinopsis

Cerpen Pusaran mengisahkan keakraban hubungan Junid dengan anak lembu jantan yang diberi nama Pusaran.Junid menghabiskan sebahagian besar masanya bermain-main dengan Pusaran.Antara Junid dan Pusaran terdapat pertautan yag aneh.Jika Pusaran sakit,Junid turut sakit.Menurut Pak Kar,bomoh buta di kampung mereka,menyatakan bahawa Junid dan Pusaran merupakan anak kembar tetapi tidak dipercayai olh bapa Junid,Mohsin dan isterinya,Musalmah.Mereka menghantar Junid ke sekolah dengan harapan Junid dan Pusaran akan berenggang.Namun,harapan itu tidak jadi kenyataan. Perhubungan mereka tetap akrab dan mesra.Menjelang Hari Raya Haji,Mohsin telah menjual Pusaran untuk dijadikan korban.Junid menyedari kehilangan Pusaran segera mencari Pusaran sambil menangis.Pusaran akhirnya menemui Pusaran yang telah dibaringkan,bersedia untuk disembelih.Junid terus meluru ke arah Pusaran dan memeluk leher Pusaran dengan erat dan meminta agar dia disembelih bersama Pusaran.Apabila melihat kejadian itu,Tuan Haji Subki membatalkan korban itu dan menegur Mohsin kerana tidak berbincang dengan Junid mengenai perkara itu kerana dia tahu pasti perbuatan ini akan merosakkan hati Junid dan di hadapan semua orang ,Mohsin berjanji bahawa dia tidak akan memisahkan Junid dengan Pusaran lagi.

 

Tema dan Persoalan

ü      Tema

o       Tema cerpen Pusaran ini ialah kasih sayang seorang kanak-kanak terhadap lembu peliharaannya.

ü      Persoalan

o       Kemesraan antara Junid dengan Pusaran

§         Persoalan ini dapat dikesan sepanjang penceritaan cerpen ini. Contohnya ketika Junid menyeru nama Pusaran,Pusaran seolah-olah memahami seruannya,berlari kencang ke arah Junid dan apabila Pusaran telah sampai ke tempat Junid,Pusaran akan menjilat-jilat tangan Junid dan Junid akan membalas dengan menggosok panjang belakang Pusaran.(Rujuk muka surat 99 – 102).

o       Kasih sayang ibu dan ayah

§         Dapat dikesan apabila Mohsin sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk merawat Pusaran yang sakit demi Junid yang turut terganggu kesihatannya kerana seperti kebiasaannya Junid hanya sembuh jika Pusaran sembuh.

§         Selain itu,Musalmah juga turut menonjolkan sifat kasih sayang terhadap anak-anaknya.Musalmah sentiasa menyediakan santapan untuk anak-anaknya dan menyediakan pakaian untuk Junid apabila Junid bermain-main dengan Pusaran.(Rujuk muka surat 101, perenggan 2)

o       Kerajinan

§         Abang Junid(Junaidi) rajin menjaga kambing-kambing peliharaan mereka.Dia juga turut dibantu oleh adik-adiknya yang lain iaitu Rashid dan Adi.Selain itu mereka juga bersama-sama membantu ayah mereka menguruskan lembu-lembu yang dipelihara.

o       Hidup Bermasyarakat

§         Dapat dikesan semasa penduduk kampung menjalankan ibadah korban.Ramai penduduk kampung bersama-sama membantu melaksanakan korban di Hari Raya Haji tersebut.(Rujuk muka surat 109 – 110)

o       Kepercayaan karut

§         Kepercayaan penduduk kampung yang mengatakan Junid dan Pusaran anak kembar.Kepercayaan ini muncul disebabkan kenyataan Pak cik Kar yang merupakan seorang bomoh tua yang buta.Mohsin hampir terpengaruh dengan kenyataan yang diberikan oleh Pak cik Kar tetapi mujurlah dia tidak mempercayai kata-kata bomoh itu.

o       Kesedaran terhadap pendidikan

§         Kurang dapat dikesan dalam perenggan ke-5 muka surat 103. Antara petikan ayat dari perenggan ini ialah ‘Pelajaran setakat tulis baca itu sudah cukup’ .Ini membuktikan kesedaran ibu bapa Junid tentang kepentingan pendidikan adalah sedikit.

 

Watak dan Perwatakan

ü      Watak utama

o       Junid

§         Anak bongsu yang menjadi kemanjaan Mohsin dan Musalmah.

§         Sangat menyayangi Pusaran dan saling memahami antara satu sama lain.

o       Pusaran

§         Seekor anak lembu jantan milik Mohsin

§         Seekor anak lembu jantan yang jinak dan mendengar kata Junid.

§         Ibunya mati ketika melahirkannya dan tugas memberi susu kepada Pusaran dilakukan oleh Junid dengan menggunakan susu botol.

 

ü      Watak sampingan

o       Mohsin

§         Ayah Junid

§         Bekerja keras untuk menyara keluarganya.

§         Mempunyai 8 ekar tanah bendang,6 ekar dusun kelapa dan 20 ekor lembu.

§         Dikira mewah tetapi tetap hidup sederhana di desa.

o       Musalmah

§         Ibu Junid

§         Bersifat penyayang

§         Suri rumah sepenuh masa.

o       Junaidi,Rashid dan Adi

§         Abang-abang Junid

Back to Top View Gurlz's Profile Search for other posts by Gurlz
 
Gurlz
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 28 April 2006
Location: Malaysia
Posts: 163
Posted: 28 June 2006 at 5:52pm | IP Logged Quote Gurlz

GAYA BAHASA

 

PANTUN MENGENANG NASIB

 

ü      Bahasa Kiasan

o       Kusangka panas sampai ke petang,

Kiranya hujan di tengah hari,

Ø      Dalam contoh di atas ‘panas’ dikiaskan sebagai kesenangan,sementara ‘hujan’ dikiaskan sebagai kesusahan atau penderitaan.

ü      Perlambangan

o       Karam di hati

Ø      Membawa maksud kekecewaan

o       Luka di hati

Ø      Membawa maksud kesedihan

ü      Anafora

o       Karam di laut boleh ditimba

Karam di hati bilakah sudah?

Ø      Pengulangan kata ‘karam’ ialah anafora.

 

PANTUN KIASAN

ü      Bahasa Kiasan

o       Bunga kembang di puncak gunung

Ø      dalam contoh ini ‘bunga’ melambangkan gadis,sementara ‘di puncak gunung’ melambangkan kedudukan yang tinggi.

ü      Repitasi

o       Tebang gelam,tebang kenanga

Ø      Pengulangan kata ‘tebang’

ü      Simile

o       Macam melukut di tepi gantang

Ø      Pengunaan kata ‘macam’

 

SYAIR PEMBUNUHAN ANGRENI

ü      Simile

o       Batunya indah bagai dicanai

o       Terhampar rupa seperti geta

Ø      Penggunaan kata ‘bagai’ dan ‘seperti’.

ü      Imej alam

o       Penggunaan imej-imej alam seperti pantai,batu,ombak,pasir dan pohon.

ü      Inversi

o       Berhentilah Raden Kartabangsa

Ø      Sepatutnya ‘Raden Kartabangsa pun berhentilah’

 

 

SYAIR DANDAN SETIA DAN INTAN TERPILIH

 

ü       Imej alam

o       penggunaan imej-imej alam seperti bunga,air pasng dan gunung.

ü      Bahasa Klasik

o       Rakyatnya banyak berketi laksa.

Ø      ‘Berketi laksa’ ialah bahasa klasik yang membawa maksud menunjukkan keadaan orang yang ramai.

ü      Inversi

o       Di tempat padang berbunyi meriam

Ø      Sepatutnya ‘Di padang tempat meriam berbunyi’

 

GURINDAM BARIS HADAPAN

 

ü      Simile

o       Membaca buku karangan tokoh

Bagai berpaut di dahan kukuh.

Ø      Penggunaan perkataan ‘bagai’.

ü      Bahasa Kiasan

o       Diambil pengayuh dibuang perahu.

Ø      Pengayuh melambangkan sesuatu yang kurang penting,sementara perahu pula melambangkan sesuatu yang lebih penting.

ü      Sinkof

o       Banyak bercakap tak baca buku,

o       Macam membawa buku tak laku

Ø      ‘Tak’ ialah singkatan bagi tidak

 

SELOKA PAK KADUK

 

ü      Paradoks

o       Ayamnya menang,kampung tergadai

ü      Imej alam

o       Menggunakan imej alam seperti laut ,kampung,angin dan air pasang.

ü      Sindiran

o       Ada rumah bertandang duduk

Back to Top View Gurlz's Profile Search for other posts by Gurlz
 
Gurlz
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 28 April 2006
Location: Malaysia
Posts: 163
Posted: 28 June 2006 at 5:57pm | IP Logged Quote Gurlz

PLOT

 

SERI NARA-SHAHAROM HUSAIN

 

 

PERMULAAN / EKSPOSISI

Penduduk kampung (rakyat jelata) sibuk bekerja menyiapkan prasarana bagi tujuan pembentukan negeri.

PERKEMBANGAN

Perkhabaran Hang Kadim bahawa baginda sultan mahu istana dibina mengikut bentuk istana Melaka.Tun Khoja Ahmad dan Datuk Seri Nara mengkhabarkan kepada sultan tentang perkembangan kerja-kerja yang dijalankan oleh rakyat.

PERTENTANGAN

Masalah yang berbangkit seperti golongan rakyat yang tidak bersatu hati,tidak sanggup berpanas,tidak tekun,tidak yakin dan tidak mempunyai azam yang kuat menjadi pertentangan dalam drama ini.Kemunculan Demang Sulung yang  menceritakan tentang keperitan hidup di Melaka dan kekejaman Feringgi tambah merumitkan lagi pertentangan itu.Pada masa yang sama, ada segelintir rakyat yang lebih mengutamakan darjat dan status kerana meraka keluarga Diraja.Oleh itu,selain ancaman dari luar,ada ancaman dari dalam pula.

PUNCAK / KLIMAKS

ü      Perkhabaran yang disampaikan oleh hulubalang tentang kemunculan sebuah ghali Feringgi.

ü      Kekecewaan Raja Sulaiman Syah terhadap orang-orang atau pihak yang mengingkari perintahnya.

ü      Keputusan Sultan Alauddin Riayat Syah untuk bergotong royong bersama-sama rakyat merungkai semua permasalahan yang wujud sebelum ini.

PELERAIAN

   Pengisytiharan nama negeri dan kerajaan Johor Darul Takzim

   Perlantikan Hang Kadim sebagai Laksamana.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


SERUNAI MALAM-USMAN AWANG

 

 

PERKEMBANGAN

©      Safiah dan ibunya berbincang tentang kedatangan Umar dan juga keluarganya yang akan tiba tengah hari itu.

©      Bapa Umar (Majid) tiba di rumah Safiah (tunang Umar) tanpa ditemani isterinya (Minah) yang ada hal di rumah anak buah mereka di kampung.

PERMULAAN

Safiah gelisah menunggu kedatangan tunangnya,Umar yang masih belum tiba walupun telah berjanji bahawa dia akan dating ke rumahnya pada pukul 10.00 pagi tetapi telah lewat selama satu jam.

PERTENTANGAN

Perbincangan keluarga mengenai sola pemilihan kerja.Safiah mahu Umar menjadi pegawai MCS tetapi Umar ingin menjadi seorang guru dan mendidik anak bangsanya.

PUNCAK CERITA / KLIMAKS

Ö     Percanggahan pendapat antara Umar dengan Safiah tentang masa hadapan dan kerjaya umar berlaku.

Ö     Umar tetap bertegas dengan pendiriannya untuk menjadi guru hingga menyebabkan Sufiah menanggis dan merajuk.

PELERAIAN

Umar berjaya untuk memujuk Safiah untuk menerima dirinya dan pendiriannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


                     

 

 

TITIK –TITIK PERJUANGAN-KALA DEWATA

 

PERMULAAN / EKSPOSISI

Memaparkan keangkuhan penjajah Inggeris dan Pegawai Melayu yang menjadi pegawai Inggeris,tetapi lebih berpihak kepada bangsa asing dan menghina bangsanya sendiri.

PERKEMBANGAN

Kunjungan pegawai ke kampung untuk menangkap orang kampung yang menentang Inggeris.

KLIMAKS

Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada kerajaan Inggeris.

PERTENTANGAN

Konflik berlaku bila semua penduduk kampung inginkan kemerdekaan.Pegawai menganggap ini merupakan suatu penentangan terhadap kerajaan Inggeris dan orang kampung dianggap sebagai penderhaka

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PELERAIAN

Pegawai telah insaf dan menyeru penduduk kampung agar bekerjasama untuk menjayakan kemerdekaan.

 

 

 

 

 

 

Back to Top View Gurlz's Profile Search for other posts by Gurlz
 
Gurlz
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 28 April 2006
Location: Malaysia
Posts: 163
Posted: 28 June 2006 at 6:01pm | IP Logged Quote Gurlz

                                                                                      

 LAMBAIAN MALAR HIJAU

 

SINOPSIS

             Cerpen ini mengisahkan tentang seorang anak orang asli yang bernama Daneng.Dia merupakan seorang pelajar yang pintar dalam bidang akademik tetapi dia tidak ingin meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).Cikgu Jo yang merupakan guru Daneng sanggup meredah hutan belantara untuk menemui Daneng hanya untuk satu tujuan iaitu memujuk Daneng agar kembali bersekolah.Akan tetapi,Daneng tetap dengan pendiriannya untuk menjaga warisan nenek moyangnya.Akhirnya Cikgu berjaya memujuk Daneng dengan memberi pelbagai alasan yang kukuh yang tidak dapat lagi disangkal oleh Daneng.Selepas 25 tahun kemudian,Daneng telah berjaya mencapai cita-citanya dan mendapat gelaran Datuk.Dia juga menerima Hadiah Nobel kerana usahanya menyelamatkan hutan balantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk memulihkan hutan di Lembangan Amazon tetapi dia tidak pernah melupakan jasa yang telah Cikgu Jo curahkan padanya.

 

TEMA DAN PERSOALAN

Ø      Tema

*      Cerpen ini bertemakan tentang perasaan cinta akan alam sekitar.Daneng sanggup meninggalkan alam persekolahannya agar dia boleh memelihara hutan belantara yang merupakan warisan tinggalan nenek moyangnya.Dia tidak rela melihat hutan tersebut dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ø      Persoalan

*      Kesedaran tentang kepentingan  pendidikan

§         Pengarang telah mengutarakan isu pendidikan dalam kalangan remaja orang asli di negara ini.Kebanyakan mereka belajar setakat PMR kerana ketika menimba ilmu,mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan rintangan.

§         Dalam cerpen ini, Daneng ditonjolkan sebagai remaja yang bijak namun enggan meneruskan persekolahannya.Daneng lebih bahagia dengan alam yang penuh dengan ketenangan,keindahan dan keasyikan yang telah menemaninya membesar.

§         Watak Cikgu Jo juga digambarkan sebagai seorang yang tidak mudah putus asa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan ilmu.

*      Kekayaan flora dan fauna

§         Cerpen ini menonjolkan keindahan flora dan fauna negara ini.Pengarang menggambarkan hutan yang dihuni oleh orang asli itu  sangat indah,tenang dan mengasyikkan dengan pelbagai jenis pokok dan bunyi serangga dengan kicauan burung yang mempersonakan.

*      Sikap tamak manusia

§         Secara tidak lansung pengarang telah menyentuh persoalan ini.Kegiatan pembalakan haram berlaku secara berleluasa di hutan tempat tinggal orang asli.Pembalak haram ini tidak peduli akan kepupusan flora dan fauna kerana didorong oleh sikap tamak haloba.

*      Kehidupan orang asli

§         Melalui cerpen ini,pengarang menyuluh kehidupan lahiriah dan batiniah orang asli.

§         Orang asli bergantung sepenuhnya dengan hasil hutan.Mereka selesa dengan kehidupan yang sederhana,tidak terburu-buru mengejar masa,tidak sibuk,aman dan tenang.Oleh sebab diulit kehidupan sedemikian,mereka tidak mengambil kisak tentang kepentingan ilmu.

§         Golongan ini juga masih berpegang dengan kepercayaan animisme dan berpegang kuat dengan pelbagai pantang larang.Ini dapat dilihat melalui watak Daneng yang berpesan kepada gurunya agar mengikut pantang larang tertentu ketika berada di hutan.

 

GAYA BAHASA

*      Personifikasi~memindahkan sifat manusia kepada benda-benda biasa atau yang bukan hidup.

§         Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra jiwa Daneng.

§         Kemesraan suria perlahan-lahan mendakap kehalusan kabus pagi

*      Metafora~merupakan perbandingan yang tidak jelas(tanpa bak,seperti, umpama ,ibarat)

§         Manik-manik peluh

§         Rantai keresahan

§         .....diselubungi awan kerisauan

*      Simile~perbandingan langsung terhadap sesuatu keadaan

§         Seperti seekor rerama yang terbang bebas

§         Bagai seorang pemburu gagah.

*      Perlambangan~menerangkan sesuatu dengan mernggunakan benda-benda lain.

§         Engkau bunga bangsa belantara ini

§         Atau mengeji tingkah hitam segelintir manusia.

*      Peribahasa

§         Terdapat penggunaan peribahasa yang telah diterbalikkan iaitu bara digenggam perlu menjadi arang.Sepatutnya genggam bara api biar sampai jadi arang .

*      Pengulangan~sama pengulangan ayat ungkapan baris dan rangkap.

§         Tidak!Tidak!Aku mesti melaksanakan tugas!

§         Milik kami bersama,milik kami bersama

LATAR

*      Latar Masa

§   Cerpen ini berlangsung dalam jangka masa satu hari sahaja (dari pagi hingga ke petang).

§   Pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk mengimbas kembali peristiwa yang berlaku 25 tahun yang lalu untuk menggerakkan cerita.

*      Latar Tempat

§         Perkampungan orang asli di Lembah Tualang yang menjadi tempat tinggal Daneng

§         Pada akhir cerita,Lembah Tualang dimajukan dan telah ditukar namanya kepada Dataran Tualang.

*      Latar Masyarakat

§         Cerpen ini mengambil latar masyarakat orang Asli yang ditonjolkan melalui watak Daneng.Masyarakan orang Asli hidup sederhana di dalam pondok dan mempercayai pelbagai kepercayaan dan pantang larang.

Back to Top View Gurlz's Profile Search for other posts by Gurlz
 
Gurlz
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 28 April 2006
Location: Malaysia
Posts: 163
Posted: 28 June 2006 at 6:02pm | IP Logged Quote Gurlz

UNSUR BUNYI

 

Aku Menjadi Lebih Berani – Latifah Haji Shebli

o       Asonansi-pengulangan vokal

§         kau berbaju biru

·        Pengulangan vokal ‘u’

§         hati dan rasa mengajarku

§         sayang,hanya aku tahu

·        Pengulangan vokal ‘a’

§         aku menjadi lebih berani

·        Pengulangan vokal ‘i’

o       Aliterasi-pengulangan konsonan

§         kau berbaju baju biru

·        Pengulangan konsonan ‘b’

§         tidak setulus hatiku

·        Pengulangan konsonan ‘t’

o       Rima

§         bisa,                                                                                                                   aku merasa

 

Anak Laut – Rahimidin Zahari

o       Asonansi

§          anak laut itu sudah dapat menerka

§         menampakkan urat jalur-jalur tua

·        Pengulangan vokal ‘a’

§         bagai buih kecil terapung di air

·        Pengulangan vokal ‘i’

o       Aliterasi

§         mengambalikan rindunya kepada kolek

·        Pengulangan konsonan ‘n’

§         seperti kolek terdampar di pasir

·        Pengulangan konsonan ‘p’

o       Rima

§         langkahnya hampir tiba,                                                                                pada muara Pencipta.

 

 

Derita Pertama – Suhaimi Haji Muhamad

o       Asonansi

§         ia tidak mengerti apa yang terjadi

§         ia melihat sekeliling

·        Pengulangan vokal ‘i’

§         Adam ialah bapa kita

§         Pengulangan vokal ‘a’

o       Aliterasi

§         mulai merasa cemas akan kegelapan

§         sepanjang malam air matanya

§         Pengulangan konsonan ‘m’

§         sepanjang malam ia tercengang

§         Pengulangan konsonan ‘n’

o       Rima

§         Adam ialah bapa kita                                                                                  yang tercampak ke seberang dunia                                                            kerana mencari syurga

 

Jalan-Jalan Raya Kotaku – Zam Ismail

o       Asonansi

§         Saban waktu sepanjang perjalanan

·        Pengulangan vokal ‘a’

o       Aliterasi

§         memacu menghimpun kekuatan

·        Pengulangan konsonan ‘m’

o       Rima

§         lemas dalam kesabaran                                                                                 lelah meresahkan

 

Manusia dan Kesejahteraan – Salmi Manja

o       Asonansi

§         yang kian bermuka dua

§         kelelahan kita semakin parah tenatnya

·        Pengulangan vokal ‘a’

o       Aliterasi

§         titik pertemuan menjadi tentangan

·        Pengulangan konsonan ‘t’

o       Rima

§         berserta kekejaman mengatasi kedamaian                                                 titik pertemuan menjadi tentangan

 

Pembeli Masa Sudah – T.Alias Taib

o       Asonansi

§         Di pasar yang dihingari kisah ini

·        Pengulangan vokal ‘i’

§         dari gelisah ke payah

·        Pengulangan vokal ‘a’

o       Aliterasi

§         Kerana aku penyair kupenuhi hidupku

·        Pengulangan konsonan ‘k’

§         aku harus hati-hati

·        Pengulangan konsonan ‘h’

o       Rima

§         pembeli yang sukar membuat pilihan                                                        pembeli yang keliru dengan tawaran

Back to Top View Gurlz's Profile Search for other posts by Gurlz
 
Gurlz
Senior Member
Senior Member
Avatar

Joined: 28 April 2006
Location: Malaysia
Posts: 163
Posted: 28 June 2006 at 6:06pm | IP Logged Quote Gurlz

THIS WILL HELP U UNDERSTAND A LITTLE BIT ABOUT GAYA BAHASA...

SENARAI GAYA BAHASA

 

Personafikasi

~Unsur yang digunakan untuk memberikan sifat manusia kepada benda-benda mati,binatang,idea atau hal-hal yang abstrak sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak tanduk.

 

Simile

~Merupakan unsur perbandingan lansung terhadap sesuatu keadaan dan lazimnya menggunakan kata-kata seperti laksana, umpama,ibarat, macam ,seperti, dan sebagainya.

 

Metafora

~Merupakan perbandingan yang tidak jelas.Lansung tidak melibatkan kata-kata seperti laksana,umpama,ibarat,macam dan sebagainya.

 

Hiperbola

~Gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara melampau atau berlebih-lebihan.

 

Aliterasi

~Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam satu ayat.

 

Alusi

~Perbuatan membayangkan atau merujuk kepada sesuatu secara tidak lansung.

 

Anafora

~Pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang biasanya berturutan agar memperoleh kesan tertentu.

 

Asonansi

~Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam satu ayat.

 

Epifora

~Pengulangan kata-kata di akhir baris untuk penegasan.

 

Imejan

~Bayangan tentang sesuatu yang dapat dikesan melalui pancaindera.

 

Inversi

~Pembalikan kata-kata daripada susunan lazimnya.

 

Paradoks

~Penyataan yang kelihatan bertentangan tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum atau realiti.

 

Responsi

~Pengulangan kata di tengah baris

Repitasi

~Pengulangan bahagian ayat yang dianggap penting bagi menunjukkan penegasan yang dikehendaki

 

Sinkof

~Peyingkatan kata.

 

Melankolik

~Penggunaan bahasa yang mendayu-dayu

 

Homoiteleuton

~Persamaan bunyi yang terdapat di hujung kata dalam satu ayat.Persamaan bunyi ini muncul pada kata di tengah ayat dan kata di hujung ayat.

 

Back to Top View Gurlz's Profile Search for other posts by Gurlz
 

 

 
 
Page of 2 Next >>
  Post ReplyNew Question
Printable version Printable version

Forum Jump
You cannot reply to topics in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot ask questions in Homework Help

Facilitated by Tuition Plaza Malaysia :: Powered by Web Wiz Forums version 7.9
Copyright ©2001-2014 Web Wiz Guide