Tuition Plaza: TUISYEN ONLINE
Tuisyen Online HomepageHomepage  Quiz QuestionsQuiz  Homework HelpHomework  ForumForum  Active TopicsActive  SearchSearch  HelpHelp
Global EditionGlobal  e-Wallete-Wallet  Create QuizCreate  Invite FriendsInvite  Display List of MembersMembers  About UsAbout
  RegisterRegister  LoginLogin
Penjelasan e-Dompet
 Tuisyen Online : e-Dompet : Penjelasan e-Dompet 
 
Apakah e-Dompet?
e-Dompet ialah satu kemudahan yang berfungsi seperti dompet sebenar untuk ahli-ahli laman web ini. Dompet digital ini menyimpan wang anda supaya anda boleh membayar ahli-ahli lain ataupun menerima bayaran daripada mereka. Kemudahan e-Dompet baru sahaja dimulakan pada 17 April 2006.
Mengapa guna e-Dompet?
Sebab utama laman web ini menggunakan sistem e-Dompet ialah untuk menjalankan tuisyen menerusi Internet. Hampir semua perkhidmatan tuisyen online di laman web ini adalah percuma untuk pelajar kerana ia diberikan oleh sukarelawan. Bagaimanapun, apabila sesuatu soalan tuisyen memerlukan penjelasan yang panjang/rumit, sukarelawan enggan membantu. Dengan memberikan mereka satu bayaran kecil sebagai ganjaran, pelajar boleh memperoleh jawapan-jawapan yang cepat, tepat dan lengkap untuk semua jenis soalan tuisyen. Sistem e-Dompet membolehkan pelajar-pelajar membuat bayaran-mikro sebegini (bayaran sekecil 10 sen setiap soalan).
Siapa boleh guna e-Dompet?
Untuk menggunakan e-Dompet, anda mestilah:
   • seorang ahli berdaftar dalam laman web ini.  [daftar sekarang]
   • seorang penduduk/pemastautin di Malaysia.
   • seorang pelajar, guru sekolah, guru tuisyen, ataupun pengajar.
Anda TIDAK memerlukan kad kredit. Anda juga TIDAK memerlukan sebarang perisian komputer khas. Setiap ahli boleh memiliki e-Dompetnya sendiri. Dengan menggunakan e-Dompet anda, anda boleh membayar ahli-ahli lain dan juga menerima bayaran daripada ahli-ahli lain.
Bagaimana guna e-Dompet?
Untuk menerangkan cara penggunaan e-Dompet, kita gunakan satu contoh. Ahli A ialah seorang pelajar di Malaysia.


Terlebih dahulu, Ahli A perlu memuat e-Dompetnya dengan wang. Dia memuatkan e-Dompetnya dengan memindahkan RM300.00 ke laman web ini. [bagaimana memuat e-Dompet]. e-Dompet Ahli A akan dikemaskinikan supaya ia mengandungi RM300.00. Wang RM300.00 di dalam e-Dompetnya adalah milik Ahli A dan dia boleh membelanjakannya di laman web ini ataupun mengeluarkannya semula bila-bila masa yang dia hendak.




Katakan Ahli A sekarang menanyakan soalan tuisyen di laman web ini. Dia menawarkan RM0.10 kepada sesiapa yang boleh menerangkan soalan tersebut kepadanya. Wang RM0.10 ini akan dipindahkan secara automatik daripada e-Dompetnya ke dalam e-Peti. e-Peti ialah satu peti simpanan maya yang berfungsi sebagai peti keselamatan. e-Peti adalah milik laman web ini kerana laman web ini ialah pihak-ketiga yang neutral dan boleh dipercayai oleh semua ahli. Semasa urusniaga ini berlangsung, wang RM0.10 ini akan dikunci sementara di dalam e-Peti.




Guru sekolah, guru tuisyen dan pengajar yang ingin menjawab soalan tersebut kini boleh berusaha menyediakan jawapan masing-masing. Ahli-ahli ini tahu bayaran RM0.10 yang ditawarkan oleh Ahli A adalah terjamin, kerana wang tersebut telahpun terkunci di dalam e-Peti. Jika jawapan yang betul diberikan, Ahli A tidak dapat mengambil balik wang RM0.10 itu. Dengan cara ini, e-Peti melindungi mereka yang telah memberikan jawapan daripada penipuan. Akhirnya, Ahli A akan memilih jawapan yang terbaik daripada semua jawapan-jawapan yang telah diberikan kepadanya. Katakan dia menerima jawapan yang diberikan oleh Ahli B sebagai jawapan terbaik. e-Peti akan dibuka oleh Ahli A supaya wang RM0.10 itu boleh dipindahkan ke dalam e-Dompet Ahli B. Keseluruhan urusniaga ini akan dianggap berjaya.




Bagaimana pula jika tiada seorang pun yang menjawab soalan Ahli A? Juga, bagaimana pula jika semua jawapan yang diberikan kepada Ahli A adalah yang bukan-bukan/gurauan? Dalam keadaan-keadaan sebegini, urusniaga ini akan dianggap gagal. e-Peti akan dibuka supaya wang RM0.10 itu boleh dipulangkan ke dalam e-Dompet Ahli A. Dengan cara ini, e-Peti melindungi Ahli A daripada penipuan.


Hampir setahun kemudian, katakan sekarang ialah cuti-akhir-tahun dan Ahli A telahpun membelanjakan RM240.00 di laman web ini setakat kini. Oleh itu, e-Dompetnya masih mengandungi RM60.00. Untuk berhibur semasa cuti sekolah, dia ingin membeli satu permainan video dan dia memutuskan untuk mengeluarkan RM50.00 daripada e-Dompetnya. Ahli A cuma perlu klik pada satu butang untuk mengeluarkan wang tersebut daripada e-Dompetnya. Satu cek atas namanya akan dipos ke alamat kediamannya. e-Dompetnya akan dikemaskinikan supaya ia mengandungi RM10.00. Setelah menunaikan cek itu, Ahli A akan boleh menggunakan wang tersebut untuk membeli permainan video yang dikehendakinya. Pada masa yang sama, dia masih boleh menggunakan baki RM10.00 di dalam e-Dompetnya seperti biasa!
Apa lagi yang boleh dilakukan dengan e-Dompet?
Selain daripada menanya dan menjawab soalan tuisyen, e-Dompet anda juga mempunyai kegunaan-kegunaan yang lain.


e-Dompet boleh digunakan untuk membeli produk-produk di PASAR ILMU, iaitu suatu pasaran online untuk produk-produk pendidikan. Produk-produk ini adalah sebenarnya maklumat akademik sahaja (bukan produk fizikal). Para pembeli dan penjual di PASAR ILMU semuanya merupakan ahli-ahli laman web ini. Sebagai contoh, katakan Ahli A hendak membeli Produk C. Oleh sebab harga Produk C ialah RM1.00, wang tersebut akan ditolak daripada e-Dompet Ahli A. Maka, e-Dompetnya akan dikemaskinikan supaya ia mengandungi RM9.00 selepas membeli Produk C.


e-Dompet juga boleh digunakan untuk menjual produk-produk di PASAR ILMU. Katakan Produk C yang dibeli Ahli A sebelum ini sebenarnya telah dibekalkan oleh Ahli B untuk dijual di PASAR ILMU. Maka, wang RM1.00 yang telah dibayar Ahli A akan dipindahkan ke dalam e-Dompet Ahli B. Oleh sebab Ahli B telahpun mempunyai RM0.10, e-Dompetnya akan dikemaskinikan supaya ia mengandungi RM1.10 sekarang.


Akhir sekali, anda juga boleh memindahkan wang secara terus dari e-Dompet anda ke dalam e-Dompet ahli yang lain. Sebagai contoh, katakan Ahli A ingin memberi Ahli B satu ganjaran tambahan kerana Ahli B telah senantiasa membantunya dengan penuh dedikasi. Ahli A seterusnya memindahkan RM5.00 secara terus dari e-Dompetnya ke dalam e-Dompet Ahli B. Maka, e-Dompet Ahli A akan dikemaskinikan kepada RM4.00 manakala e-Dompet Ahli B pula akan dikemaskinikan kepada RM6.10.
Adakah e-Dompet selamat untuk diguna?
e-Dompet adalah selamat untuk diguna kerana...
   • kad kredit tidak diperlukan, maka maklumat kad kredit anda tidak mungkin dicuri.
   • nama sebenar dan alamat anda tidak diketahui oleh ahli lain.
   • cuma pihak pentadbiran laman web ini mengetahui nama sebenar dan alamat anda.
   • semua urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM). Tiada mata wang asing terlibat.
   • semua pengguna e-Dompet adalah penduduk Malaysia & dilindungi Undang-undang Malaysia.
   • penghantaran produk tidak diperlukan. Produk adalah berasaskan maklumat (bukan fizikal).
Apabila sesuatu produk dibeli, wang belian itu akan dipindahkan secara elektronik dari e-Dompet pembeli ke dalam e-Dompet penjual. Jika berlaku perbalahan di antara pembeli dangan penjual, ia akan ditimbang-tara oleh pihak pentadbiran laman web ini. Jika urusniaga tersebut tidak adil kepada pembeli, kami akan memulangkan wang pembelian dari e-Dompet penjual kembali ke dalam e-Dompet pembeli. Maka, e-Dompet bukan sahaja selamat untuk diguna, tetapi semua urusniaganya juga dilindungi menerusi proses timbang-tara oleh pihak-ketiga yang neutral.
Bagaimana mendapatkan e-Dompet?
Anda akan diberikan e-Dompet jika...
   • anda memuat wang ke dalam sistem ini buat kali pertama  [bagaimana memuat e-Dompet]
   • atau, anda menerima wang daripada ahli lain yang mempunyai e-Dompet
   • atau, anda diperkenalkan oleh kawan yang mempunyai e-Dompet  [diperkenalkan kawan]
Apabila anda mendapat e-Dompet, anda akan dikenakan bayaran RM5.00 sebagai Yuran Pentadbiran. Yuran ini akan dicaj sekali sahaja. Selepas itu, e-Dompet anda akan berfungsi sepenuhnya.

 
  Dapatkan e-Dompet            
 Get your e-Wallet now! Dapatkan e-Dompet anda sekarang! 

 

Tuisyen Online ::  Kuiz ::  Bantuan Kerjarumah ::  Forum ::  Online Tutoring ::  Home Tuition
Jemput Rakan Anda ::  Bookmark Laman Web Ini
©2017 Eduweb Technology. Hakcipta Terpelihara